Buletin

KOREA SELATAN TERIMA SSYANGYONG TIVOLI AIR

SsangYong Tivoli Air dilancarkan di Korea Selatan menerusi tiga pilihan varian. Harga model berkenaan bermula Won 19,490,000 (RM66,000) hingga Won 24,490,000 (RM83,000) seunit.

SsangYong-Tivoli-mekanika4

SsangYong Tivoli  Air menampilkan enjin diesel 1.6 e-XDi LET.   Enjin tersebut mampu menghasilkan kuasa 115PS  dan tork 30.6 kg.m. Penghantaran kuasa lancar ke roda diserahkan kepada kotak gear manual atau automatik 6-kelajuan.

Pelanggan boleh memilih tujuh warna menarik dengan pilihan warna bumbung berbeza (tanpa bumbung suria).

SsangYong-Tivoli-mekanika1

Model berkenaan lebih panjang 245mm dan tinggi  45 mm/35mm, tetapi memiliki lebar yang sama dengan SsangYong Tivoli. Jarak roda 2,600mm juga kekal tanpa perubahan.

Pertambahan panjang berkenaan menyumbang kepada ruang kargo yang luas bersaiz 720 liter. Ia boleh ditingkatkan menjadi 1,440 liter apabila kerusi belakang dilipat.

SsangYong-Tivoli-mekanika5

Terdapat inverter 220 volt  pada bahagian kargo yang menawarkan kemudahan mengecas. Ciri lain yang ditawarkan pada kabin ialah kerusi pemandu dengan pengudaraan, stereng bersama ciri pemanas, fungsi pemanas bagi kerusi barisan kedua, kawalan pendingin hawa dua zon, sistem infotainmen 7-inci, paparan kamera undur serta sistem bunyi dengan enam unit pembesar suara.

SsangYong mensasarkan jualan 20,000 unit SsangYong Tivoli Air bagi pasaran global tahun ini.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button