
TVS VICTOR 2016
Pasaran India menerima model TVS Victor. Model berkenaan dijana enjin 110cc satu silinder EcoThrust yang berupaya menghasilkan kuasa 9.6PS dan tork 9.4Nm.
Dengan padanan kotak gear 4-kelajuan, motosikal itu mampu menawarkan kecekapan bahan api 76km seliter. Berat jentera adalah berbeza mengikut varian, Victor dengan brek gelendong memiliki berat 112kg. Sementara varian dengan brek cakera ialah 113kg.
Dimensi TVS Victor ialah 1,980mm panjang, 750mm (lebar) , 1,090mm (tinggi), 1,260mm (jarak roda) dan kelegaan tanah 175mm.
Saiz tangki pula ialah 8 liter termasuk 2 liter tangki simpanan.
Untuk keselesaan tunggangan, model itu didatangkan dengan casis rangka tubular, suspensi teleskopik di hadapan serta spring hidraulik boleh laras lima peringkat di belakangnya.
TVS menyatakan bahawa Victor memiliki pelana terpanjang dan lebar dalam segmennya. Ditawarkan dengan enam pilihan warna, harga jualan model itu ialah INR 51,400 (RM3,000) untuk brek gelendong dan INR 53,400 (RM3,123) bagi varian brek cakera.











