Buletin

LAMAN WEB PERODUA TAYANG GAMBAR ACAH SUV BARU. RASANYA PERODUA ATIVA

Laman sesawang Perodua yang rasmi pada hari ini mula memaparkan gambar acah sebuah SUV baru yang dipercayai Perodua Ativa

Walaubagaimanapun, maklumat berkenaan Perodua Ativa yag dipaparkan masih lagi terhad. Namun beberapa ciri fizikal seperti ciri unik Perodua Ativa telah dipaparkan dengan jelas di laman web Perodua. Kami senaraikan di sini perincian yang dipaparkan oleh laman sesawang Perodua

1. Lampu utama dengan pencahayaan LED (mungkin ada 7 unit LED) serta teknologi Adaptive Driving Beam (H dan AV) dan Auto High Beam (X)

2. Rim bersaiz 17 ini dengan rekaan 5 bilah disudahi dengan cat 2 tona. Jika gambar dibesarkan, kami meneka tayar yang digunakan ialah Bridgestone Alenza (sama seperti Aruz)

3. Lampu belakang kombinasi lampu penunjuk arah, lampu malam dan lampu mengundur dengan teknologi LED

4. Penggunaan paparan maklumat digital sama seperti Toyota Raize dan Daihatsu Rocky. Berdasarkan gambar kami yakin ia hadir dengan ciri adaptive auto cruise, memaparkan RPM, halaju semasa, baki petrol dan kedudukan gear.

5. Paparan sistem infohibur jenis terapung bersaiz 9 inci

6. Menggunakan enjin 1000cc turbo dengan transmisi D-CVT. Purata penggunaan petrol ialah sekitar 18.9km bagi setiap liter.

7. Terdapat 5 warna yang ditawarkan iaitu Pearl Delima Red, Pearl Diamond White, Cobalt Blue, Granite Gray dan Glittering Silver. Hanya varian AV menawarkan kemasan warna 2 tona

8. Terdapat 3 varian utama yang ditawarkan iaitu X, H dan AV. Semua varian menggunakan enjin dan transmisi yang sama. Apa yang membezakan ialah ciri Perodua Smart Assist

9. Semua varian menerima 6 beg udara, brek ABS & EBD, sistem kawalan cengkaman VSC, Hill Hold Assist dan sistem cagak ISOFIX.

10. Varian X, ia menerima ciri Advanced Safety Assist yang asas seperti Lane Departure Warning, Lane Departure Prevention, Rear Corner Sensor dan Auto High Beam

11. Varian H menerima ciri tambahan seperti Front Corner Sensor, Reverse Camera dan Adaptive Driving Beam.

12. Varian flagship AV menerima ciri ekstra seperti Adaptive Cruise Control, Lane Keep Control, Blind Spot Monitor, Rear Cross Traffic Alert dan Adaptive Driving Beam

Bagi pembaca yang ingin mengetahui perbezaan antara Auto High Beam dan Adaptive Driving Beam anda boleh tekan di SINI bagi video penerangan

Google ads
Back to top button