Buletin

PEMAIN GOLF PROFESIONAL MENANG 3 BUAH GENESIS DALAM MASA 4 BULAN

Seorang pemain golf profesional, Tae-Hoon Kim mendapat durian runtuh pada acara The Genesis Invitational yang diadakan di The Riviera Country Club, Florida Amerika Syarikat baru-baru ini.

Lelaki itu berjaya membuat pukulan hole in one pada lubang ke-16 yang membolehkannya membawa pulang sedan sebuah Genesis G80.

Apa yang lebih menarik, kereta itu merupakan model ketiga Genesis yang dimenangi oleh Kim dalam tempoh empat bulan. Pada Oktober tahun lalu, dia dihadiahkan sebuah SUV GV80 selaku juara dalam acara Terbuka Genesis Korean Tour 2020.

Kemenangan itu membolehkannya dia dijemput untuk bersaing dalam perlawanan terbaharu ini. Dalam Korean Tour 2020, Kim memenangi sebuah SUV GV70 kerana menjadi pendahulu dalam pertandingan berkenaan.

“Saya menghadiahkan kedua-dua kereta itu kepada ibu bapa. Saya tak pasti nak buat apa dengan kereta yang ketiga ini. Saya sebenarnya tidak nampak bola masuk ke dalam lubang. Tetapi saya perasan beberapa orang penonton berteriak dan barulah saya tahu.

“Sememangnya pengalaman yang sangat istimewa kerana ini ialah penyertaan pertama saya dalam PGA TOUR,” jelas Kim.

Ini merupakan tahun kelima berturut-turut Genesis bekerjasama dengan PGA TOUR sebagai penaja pertandingan jemputan tersebut.

Google ads
Back to top button