MAZDA 6 BARU BAKAL MENCABAR KEDUDUKAN BMW
Satu ketika dulu, Mazda bukanlah satu jenama yang akan menjadi kereta impian yang utama dalam senarai 10 teratas. Mungkin model RX-7 atau RX-8 pernah menjadi impian kita satu ketika dulu. Namun ketika Ford menguasai jenama Mazda, identiti Mazda seolah-olah menjadi cair dan hilang
Namun selain menggunakan falsafah Kodo, Mazda juga bakal menggunakan Mazda Vision Coupe Concept untuk model baru Mazda 6 yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Dari segi rekaan, Mazda 6 baru ini akan menggunakan rekaan serta bahan bermutu tinggi untuk rekaan dalaman bagi mencabar kedudukan BMW
Selain dari rekaan yang lebih premium, Mazda juga bersedia untuk menggunakan enjin 6 silinder sebaris dengan pacuan belakang untuk Mazda 6 terbaru. Enjin dengan teknologi hibrid akan menghasilkan sekitar 350 kuasa kuda serta transmisi 8 kelajuan automatik
Desas-desus juga mengatakan sistem hibrid ini sebenarnya dibekalkan daripada Toyota, dengan fokus untuk mengurangkan lagi pencemaran asap. Sama seperti Toyota, Mazda adalah antara beberapa syarikat automotif di dunia yang percaya yang enjin pembakaran dalam masih lagi ada potensi untuk dimajukan dan tidak mengharapkan teknologi EV semata-mata.