Buletin

MFORCE BIKE DILANTIK PENGEDAR EKSKLUSIF JENAMA QJ MOTOR

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce Bike) hari ini mengumumkan bahawa ia telah dilantik menjadi pengedar eksklusif motosikal berjenama QJ Motor di Malaysia.

Qianjiang Motorcycle yang dibangunkan sejak tahun 1985 mengeluarkan pelbagai jenis motosikal termasuklah jenama Benelli, Keeway dan QJ Motor yang dieksport ke seluruh dunia.

QJ Motor sentiasa mengikuti strategi perkembangan teknologi yang canggih, peralatan moden serta produk berkualiti bertaraf antarabangsa. Selain harga yang sangat kompetitif, QJ Motor juga menawarkan kualiti dan spesifikasi yang terkini.

Dengan kemasukan jenama QJ Motor ke pasaran motosikal Malaysia, ia akan memberi lebih banyak pilihan kepada peminat-peminat motosikal tenpatan. Ini  kerana produknya merangkumi pelbagai jenis motosikal, bermula dari 100cc hingga 1,300cc seperti SRT800, SRK600, QJ Race 250 dan sebagainya.

Pengurus Besar Mforce Bike, Asri Ahmad berkata pihaknya kini sedang giat

menjalankan ujian ketahanan ke atas beberapa model QJ Motor. Ini bagi memastikan kualiti keseluruhan motosikal tersebut berada dalam keadaan terbaik.

Pengguna dijangka dapat menyaksikan dan boleh memiliki motosikal jenama QJ Motor pada suku kedua tahun 2022 di pengedar-pengedar sah Mforce di seluruh negara.

Google ads
Back to top button