
MPKS SERBU KILANG TAYAR TERPAKAI, BEROPERASI TANPA KEBENARAN
Dua premis beroperasi tanpa kebenaran diserbu Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menerusi operasi bersepadu di Jeram, Kuala Selangor, kelmarin.
MPKS berkata, operasi dari jam 9 pagi hingga 3 petang itu disertai seramai 42 anggota membabitkan pelbagai agensi seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kuala Selangor, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Beliau berkata, dua premis dikesan itu adalah kilang memproses tayar terpakai dan kilang memproses batu bata.
“Sepanjang operasi, tindakan penguatkuasaan diambil mengikut peruntukan undang-undang, antaranya Seksyen 109 Akta Kerajaan Tempatan 1976 atas kesalahan tidak mematuhi notis, serta Seksyen 70(1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 atas kesalahan mendirikan bangunan tanpa kebenaran bertulis pihak berkuasa tempatan.
“Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MPKS turut mengambil tindakan berhubung kebersihan, pelepasan kumbahan dan kacau ganggu habuk serta bunyi.
“Tindakan lanjut turut membabitkan pengeluaran notis di bawah Seksyen 82(5) Akta 133 terhadap aktiviti yang menyebabkan kacau ganggu kepada persekitaran.
“Jabatan Alam Sekitar (JAS) pula mengeluarkan Notis Arahan di bawah Seksyen 31 dan 37 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 untuk tujuan siasatan berkaitan pelepasan udara,” katanya. – Harian Metro
- BACA: CHERY ICAR V27 DEBUT DI CHINA – SUV EREV DENGAN JARAK GERAK 1,000KM, HARGA SEKITAR RM122K
- BACA: RASMI: MOTO MORINI X-CAPE 1200 DIUMUMKAN UNTUK PASARAN MALAYSIA – RM49,888
- BACA: RASMI: MOTO MORINI ALLTRHIKE 450 LANCAR UNTUK PASARAN MALAYSIA – RM28,888
- BACA: ALFA ROMEO KEMBALI KE MALAYSIA DENGAN GIULIA VELOCE DAN STELVIO VELOCE


