Buletin

NORTHERN FESTIVAL OF SPEED GEGAR UTARA. HADIAH LUCKY DRAW MERC A-CLASS, 350Z & CIVIC FD

Arena permotoran utara tanah air buat julung kalinya digegarkan dengan penganjuran Northern Festival of Speed (NFOS), karnival automotif terbesar anjuran Northern Speedo dan Choii Motorsports dengan sokongan penuh PMH (Perniagaan Mazlan & Hashimah) sebagai penaja utama.

Berlangsung selama tiga hari, 3 hingga 5 Oktober di PICCA Butterworth, Pulau Pinang, NFOS mengetengahkan pelbagai aktiviti menarik. Ia merangkumi pameran automotif, gaya hidup, hiburan serta aktiviti keluarga yang menjadikannya acara paling dinanti oleh para peminat kereta dan motosikal di rantau ini.

PMH Sanggup Belanja Besar

Ketua Pegawai Eksekutif PMH, Izwan Mazlan berkata penajaan utama NFOS adalah tanda sokongan mereka terhadap industri automotif tempatan dan usaha merakyatkan program anak muda.

“Kami sanggup berbelanja besar untuk menjadi penaja untuk menjayakan aktiviti automotif yang bermanfaat ini dan dalam masa kami memang menyokong program anak muda serta merakyatkan program sebegini kepada semua golongan masyarakat yang meminati bidang automotif, kereta sekali gus akan memupuk minat kepada semua generasi, memberi peluang buat mereka menikmati pengalaman baharu melihat koleksi kereta-kereta yang “rare”, menarik yang datang dari pelbagai negara ini secara eksklusif,” jelas Izwan.

PMH dan GGR komited menyokong agenda kerajaan dalam memperluaskan penggunaan kenderaan elektrik (EV) sebagai sebahagian daripada misi ‘Go Green Revolution’.

Lokasi & Sokongan Komuniti

PICCA Butterworth dipilih kerana kemudahan dan keluasannya, selain sokongan padu daripada pempengaruh automotif tempatan seperti Motor Maniac, Uncle Shah, Nim 199, Retro Havoc, Alie Kuoppa, Abe Mey Sarman Printing, Narock, Bateriku, ESR dan banyak lagi.

Acara ini menarik minat peminat dari luar negara termasuk Thailand dan Singapura yang hadir khusus untuk menyaksikan pertunjukan kereta “rare”, aksi drift dan pelbagai aktiviti eksklusif.

PMH turut membuka booth pameran dan jualan kereta-kereta import recond (terpakai) dari luar negara. PMH Motor juga membawakan kepada anda, motosikal elektrik (EV) keluaran pengilang bumiputera iaitu model LION G1 GGR EV yang sedang melonjak naik permintaannya di tapak pameran di Picca, Butterworth.

Anda akan dapat melihat dan berpeluang pandu uji serta merasai sendiri pengalaman menunggang motosikal EV yang menarik ini.

Hadiah Cabutan Bertuah Gempak

NFOS 2025 mencatat rekod sebagai penganjuran terbesar dengan tawaran hadiah cabutan bertuah yang cukup luar biasa. Antara hadiah utama termasuklah:

  • Mercedes A-Class W177 (Unregistered) bernilai RM200,000
  • Nissan 350Z
  • Honda Civic FD

Dengan tiket masuk cuma RM15, pengunjung bukan sahaja berpeluang menyaksikan pertunjukan automotif, malah berpeluang membawa pulang kereta idaman.

Sepanjang tiga hari, pengunjung akan dihiburkan dengan pelbagai aktiviti seperti:

  • Taxi Drift & Demo Drift
  • Car Meet & Car Show
  • Pertandingan Limbo Stance & 2 Step Competition
  • Booth jualan merchandise & aksesori
  • Persembahan artis popular seperti XPDC, Cherpen, 53 Universe, K.O.I dan ramai lagi

Program ini akan berlangsung setiap hari dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam dengan kemuncaknya pada Ahad (5 Oktober) bagi acara penutup serta pengumuman pemenang cabutan bertuah.

Penganjur bersama, Faris Azri (Choii Motorsports) dan Muhammad Hadzimi (Northern Speedo) optimis NFOS akan mampu menarik lebih 70,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya.

GALERI

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button