Buletin

OMODA 7 TAWAR TEKNOLOGI PARKIR PINTAR MELALUI APA & RPA

OMODA terus mengukuhkan reputasinya sebagai jenama yang fokus pada mobiliti pintar, dan kini OMODA 7 muncul sebagai model terbaharu yang mempamerkan kemampuan parkir pintar paling lengkap dalam kelasnya.

Dengan gabungan sistem APA (Automatic Parking Assistance) dan RPA (Remote Parking Assistance), SUV ini direka untuk menangani lebih 1,000 senario parkir di seluruh dunia, daripada parkir menegak, selari, bersudut hinggalah ruang sempit yang mencabar.

Lebih menarik, OMODA 7 bukan sekadar “membantu” memarkir, tetapi benar-benar beralih ke tahap kecerdasan automotif, melakukan manuver paling minimum pada kelajuan lebih pantas berbanding pesaingnya.

APA + RPA: Parkir Jadi Lebih Mudah, Lebih Bebas

Sistem APA pada OMODA 7 membolehkan kereta ini mengesan persekitaran, memilih tempat parkir yang sesuai dan melaksanakan proses masuk mahupun keluar secara autonomi.

Sama ada ruangnya menegak, selari atau bersudut, OMODA 7 boleh mengendalikannya dengan lancar.

Fungsi “selectable parking” dan “memory reverse” menambahkan fleksibiliti, contohnya ketika keluar dari lorong rumah yang sempit, SUV ini boleh mengingati laluan dan mengundurkan diri secara automatik mengikut jejak asal.

Melengkapinya, sistem RPA membolehkan pemandu keluar dari kereta dan menggunakan kunci pintar untuk mengarahkan OMODA 7 masuk atau keluar dari ruang parkir.

Ia sangat berguna di kawasan padat atau ruang yang cukup-cukup muat, mengurangkan risiko terkena dinding atau kenderaan bersebelahan.

Dengan kombinasi APA dan RPA, OMODA 7 menyokong liputan penuh senario parkir, menjadikannya antara SUV paling canggih dalam aspek ini.

Paling Efisien Dalam Kelasnya

Dalam ujian dan penentukuran global, termasuk pasaran EU dan China, sistem parkir OMODA 7 direka supaya:

  • memerlukan paling sedikit pergerakan stereng,
  • mempunyai masa parkir paling pantas, dan
  • mampu menangani lebih 1,000 senario parkir dunia sebenar.

Ini memberi kelebihan terutama di kawasan seperti pusat membeli-belah atau pejabat, di mana mencari dan memasuki ruang parkir sering memakan masa. OMODA 7 disasarkan untuk mempercepatkan proses ini sambil mengurangkan stres pemandu.

Google ads
Back to top button