Buletin

PEMANDU TAK JUMPA BREK TANGAN KERANA KERETA PENUH SAMPAH, BERLANGGAR

Akibat penuh dengan sampah, seorang lelaki di UK gagal menarik brek tangan yang akhirnya menyebabkan kereta mengundur dan melanggar sebuah kenderaan lain.   

Kisah itu didedahkan dalam laman twitter rasmi pasukan polis Hampshire. Pegawai polis daripada unit trafik dikatakan mengeluarkan saman kepada pemandu yang memandu sebuah Skoda itu. 

“Kereta Boris Johnson (ahli politik Britain) jauh lebih beik berbanding kereta ini. Pemandunya tidak jumpa brek tangan dan keretanya mengundur. Saya pun tidak tahu kenapa?,” tulisnya.

Nama Boris Johnson dipetik selepas foto ruang dalaman kereta Toyota Previa miliknya penuh dengan cawan kopi, baju, sampah dan lumpur. 

Pegawai tersebut turut merakam beberapa keping gambar yang menunjukkan kereta itu penuh dengan sampah dan sangat menjijikkan. 

Sekali pandang, pelbagai jenis sampah ada di sana. Daripada kerusi plastik, kipas, puntung rokok, surat khabar lama, beg sampah, barangan elektronik, pasu bunga dan macam-macam lagi. 

Salah seorang netizen memberi komen yang pemandu itu mungkin mengalami masalah mental dan tidak harus diketawakan. 

Polis Hampshire bagaimanapun mempertahankan tindakan pegawainya dengan menyatakan gambar itu dikongsi supaya pemandu lain tidak melakukan perkara yang sama.

Google ads
Back to top button