Buletin

SUV PERTAMA LOTUS SEDANG DIUJI – MUNGKIN SEBUAH EV ATAU PLUG-IN HYBRID

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita suda tahu bahawa Lotus bakal mengeluarkan model SUV pertamanya. Andaian itu semakin kukuh apabila timbul laporan lakaran paten bocor di internet sekitar tahun 2017. 

Tahun lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Lotus, Jean Marc Gales. mengesahkan perkara itu, sebelum diikuti oleh banyak laporan mengenai kesahihannya.

Terbaharu muncul pula foto yang menunjukkan SUV tersebut sedang diuji di ibu pejabat Lotus di Hethel, Norfolk, England.

Walaupun menggunakan badan model lama Lynk & Co 01, tampalan stiker pada badannya itu tidak dapat menyembunyikan rekaan luaran yang agresif. 

Kenapa Lynk & Co? Takkan lupa pula yang Lotus kini dimiliki oleh Geely dengan pegangan saham sebanyak 51% dalam Proton yang merupakan pemilik pembuat kereta sport Britain itu.  

Melihat kepada jentera ujian tersebut, dapat dilihat dengan jelas bahawa ia menggunakan rim bersaiz besar yang membuatkan model 01 terpaksa diubah suai. Ia juga mempunyai rekaan yang lebih lebar berbanding 01. 

Satu lagi perkara yang menarik dilihat ialah pelekat voltan tinggi pada bahagian kiri cermin utama.

Penutup tempat mengisi minyak juga ditutup dan kita tidak nampak sebarang corong ekzos. Ini mungkin memberi petanda SUV Lotus mungkin dikuasakan oleh tenaga elektrik sepenuhnya atau dibina sebagai jentera plug-in hybrid. 

Menurut Gales, SUV pertama Lotus itu menawarkan keupayaan pengendalian yang tidak dapat ditandingi dalam segmennya. Jentera tersebut dijangka berkongsi banyak komponen dengan Volvo XC90, XC60 dan sistem infohiburnya. 

Dari segi janaan kuasa, masih belum dapat dipastikan enjin mana yang akan digunakan. Tetapi, ia pastinya berkuasa tinggi. Kita tunggu sahaja pelancarannya nanti. 

sumber: Carscoops.com

Petronas MREC – Desktop
Tags
Google ads
Back to top button