Buletin

PROTON CATAT REKOD JUALAN BARU PADA SUKU PERTAMA 2019

PROTON mengakhiri suku pertama tahun 2019 dengan rekod kenaikan jualan yang baharu dengan berjaya mengekalkan kecemerlangan yang dicapai pada awal tahun ini.

Pendaftaran bagi bulan Mac sebanyak 6,145 unit menunjukkan pegangan pasaran sebanyak 11%, peningkatan sebanyak 2.6% berbanding bulan yang sama pada tahun 2018.

Peningkatan pendaftaran mengatasi TIV sebanyak hampir empat kali Bulan Mac menyaksikan pertumbuhan positif bagi industri automotif di mana anggaran Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) telah meningkat sebanyak 11.8% dari tahun ke tahun.

Walau bagaimanapun, PROTON sekali lagi telah mengatasi pasaran dengan peningkatan pendaftaran sebanyak 46.1%, bersamaan dengan kadar pertumbuhan hampir 4 kali lebih tinggi daripada keseluruhan industri.

Bagi tiga bulan pertama tahun 2019, angka kumulatif adalah 43.5% atau lebih daripada 6 kali bilangan TIV sebanyak 6.7%.

Kedudukan keseluruhan jualan PROTON adalah yang paling hadapan berbanding jenama pesaing-pesaing yang lain bagi bulan ini serta suku pertama 2019.

Ini juga bermakna Syarikat telah berjaya mendahului jenama automotif keempat terlaris di Malaysia, mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama popular di kalangan pembeli kereta di Malaysia.

“Angka yang dicatatkan oleh PROTON pada tahun 2019 merupakan hasil daripada usaha padu yang dilakukan oleh setiap pekerja syarikat. Pencapaian ini juga adalah disebabkan oleh pembukaan cawangan 3S/4S, peningkatan kualiti produk, tumpuan penuh pada perkhidmatan pelanggan serta penambahbaikan pada bahagian-bahagian yang lain.

“Dengan pelancaran pelbagai lagi model oleh Syarikat pada tahun ini, PROTON yakin bahawa pelaburannya dalam perniagaan akan terus memberi kelebihan pada pertumbuhan jualan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong.

Google ads
Back to top button