Buletin

PROTON SAGA 2026 RASMI DILANCARKAN – TIGA VARIAN, JANA 120PS, HARGA BERMULA RM38K

Proton secara rasmi melancarkan Saga MC3 2026, model kemas kini terbaharu yang ditawarkan dalam tiga pilihan varian: Standard, Executive dan Premium.

Kesemua varian Saga MC3 kini menerima nadi baharu, enjin i-GT BHE15PFI 1.5L DOHC DVVT yang menghasilkan 120PS dan 150Nm, sekali gus menggantikan enjin 1.3L generasi lama.

Perbezaan ketara hadir pada transmisi:

  • Standard & Executive: 4-kelajuan automatik (4AT)
  • Premium: CVT automatik

Proton mendakwa penggunaan bahan api:

  • 4AT: 5.1L/100km
  • CVT: 4.9L/100km

REKA BENTUK LUARAN:

Proton Saga MC3 hadir dengan ciri moden sebagai standard:

  • Lampu hadapan projektor LED
  • Lampu belakang LED
  • Cermin sisi dengan lampu isyarat
  • Antena sirip yu

Varian Standard dipadankan dengan rim aloi 14-inci, manakala Executive dan Premium menerima rim 15-inci (Premium hadir dengan kemasan dua tona).

Varian Premium turut kelihatan lebih agresif dengan skirt sisi serta bar LED penuh pada penutup but.

KEMASAN DALAMAN:

Standard

  • Paparan meter digital 7-inci
  • Stereng bawah rata (urethane) dengan kawalan audio
  • Tempat duduk fabrik asas
  • But hanya boleh dibuka melalui tuil atau alat kawalan jauh
  • 2 pembesar suara, 1 port USB data
  • 2 beg udara

Executive

  • Skrin infotainmen 9-inci dengan Android Auto & Apple CarPlay tanpa wayar
  • Tempat duduk fabrik
  • Perehat kepala belakang boleh laras
  • 4 pembesar suara, tambahan dua port USB
  • Lampu ruang but
  • Kamera undur & penderia parkir hadapan

Premium

  • Upholsteri leatherette
  • Tempat duduk pemandu boleh laras ketinggian penuh
  • Stereng balutan leatherette
  • Cermin pemandu dengan fungsi auto turun
  • Cermin sisi lipat automatik
  • Pembuka but berbutang luar

6 beg udara & pakej ADAS (9 fungsi):

  • Autonomous emergency braking (AEB)
  • Forward collision warning (FCW)
  • Front departure alert (FDA)
  • Lane departure warning (LDW)
  • Intelligent high-beam control (IHBC)
  • Rear collision warning (RCW)
  • Door opening warning (DOW)
  • Rear cross traffic alert (RCTA)
  • Lane change assist (LCA)

LIMA PILIHAN WARNA – TERMASUK DUA WARNA BAHARU:

Proton menawarkan dua warna baru:

  • Deep Marine Blue
  • Space Grey

Serta tiga warna sedia ada:

  • Ruby Red
  • Armour Silver
  • Snow White

Untuk makluman, semua warna boleh dipilih untuk semua varian.

Proton Saga 2026 ditawarkan bermula dengan 1.5 Standard A/T pada harga RM38,990, diikuti 1.5 Executive A/T berharga RM44,990, manakala varian tertinggi 1.5 Premium CVT ditawarkan pada RM49,990.

Sehingga 31 Disember 2025, pembeli turut menikmati rebat tunai RM1,000. Pembeli turut pakej jaminan Pro-Warranty selama lima tahun atau 150,000 km, disertakan juga tenaga kerja percuma untuk tiga servis berjadual pertama.

Bagi 10,000 pelanggan terawal, mereka akan menerima kad Touch ‘n Go edisi khas serta menikmati servis percuma selama setahun, merangkumi alat ganti dan tenaga kerja.

Bersempena pelancaran rasmi juga, Proton melancarkan tawaran sokongan dan perlindungan tambahan untuk pemilik Saga 2026. Antaranya termasuk Pro-Trade-In dengan nilai sokongan sehingga RM1,500, Pro-Xchange yang menawarkan sehingga RM2,000, Pro-Finance dengan kadar pembiayaan serendah 2.6%, serta Pro-Shield yang menyediakan perlindungan insurans untuk bencana seperti banjir sehingga RM2,000.

GALERI:

Google ads
Back to top button