BuletinPeranti

SAMSUNG M’SIA TUNDA PELANCARAN GALAXY FOLD AKIBAT MASALAH SKRIN RETAK

Ia adalah sebuah telefon pintar moden paling mahal dalam pasaran buat masa ini. Dengan harga sekitar USD1,980 (RM8,180) telefon dengan skrin boleh lipat pertama di dunia itu sedang berdepan dengan masalah teknikal.

Masalah skrin dengan beberapa peranti Samsung Galaxy Fold yang telah dilancarkan di AS turut menjejaskan jadual pelancaran rasmi di Malaysia.

Samsung Malaysia secara rasmi telah menangguhkan pelancaran telefon yang dinanti-nantikan, yang sepatutnya dilancarkan pada 3 Mei, hingga ke satu arikh yang akan diberitahu kelak.

Dalam kenyataan rasmi yang dibuat oleh ibu pejabat Samsung, syarikat itu berkata berdasarkan kejadian baru-baru ini, mereka perlu memperbaiki peranti tersebut untuk memastikan pengguna tidak terjejas.

“Untuk menilai sepenuhnya maklum balas ini dan menjalankan ujian dalaman selanjutnya, kami telah memutuskan untuk menangguhkan pelancaran Galaxy Fold. Kami merancang untuk mengumumkan tarikh pelepasan dalam beberapa minggu akan datang, ” dalam kenyataan itu.

Penemuan awal dari pemeriksaan yang dilaporkan pada skrin paparan menunjukkan bahawa terdapat kesan pada bahagian atas dan bawah yang berkaitan dengan engsel. Terdapat juga contoh di mana peralatan di dalam peranti menjejaskan prestasi paparan.

“Kami akan mengambil langkah untuk mengukuhkan perlindungan skrin. Kami juga akan meningkatkan panduan mengenai penjagaan dan penggunaan paparan termasuk lapisan pelindung supaya pelanggan kami memanfaatkan sepenuhnya Galaxy Fold mereka, “kata Samsung.

Masalah dengan telefon itu berlaku apabila terdapat laporan kerosakan skrin di pasaran AS pada model tersebut menjelang pelancaran rasminya pada 26 April ini.

Samsung mendedahkan telefon Galaxy Galaxy Fold semasa acara Unpacked di San Francisco, AS, pada Februari tahun ini.

Pembuat lain lain yang telah mengumumkan telefon mudah alih mereka termasuk Huawei dengan Mate X dan Royale Flexpai.

KREDIT: NST

Google ads
Back to top button