Artikel PilihanBuletin

SINDIKET CURI KERETA TUMPAS. LALUI SINGAPURA SEBELUM DIEKSPORT

Dalam satu laporan yang diterbitkan media Singapura, mereka mendakwa berjaya menumpaskan sindiket curi kereta yang berpangkalan di Malaysia. Modus operandinya ialah membawa masuk kereta curi dari Malaysia, menyeberangi tambak Johor dan dikumpulkan di Singapura sebelum dieksport ke negara lain.

Freddy Augustus Anak Juary, 37, semalam telah dijatuhkan hukuman penjara dua tahun setengah oleh mahkamah Singapura kerana didapati bersalah menjadi dalang disebalik penyeludupan tersebut.

Operasi tersebut telah bermula sejak 2014 apabila beliau ditawarkan upah memandu kenderaan tersebut dengan bayaran RM200 hingga RM250 untuk satu perjalanan.

Freddy akan menerima panggilan sehari sebelum penghantaran dilakukan. Beliau akan mengambil kereta dari lokasi berbeza di Malaysia dengan kunci sudah tersedia dalam kereta untuk dipandu.

Beliau akan memandu kereta ke lokasi bertempat di 7 Fan Yoong Road di kawasan Boon Lay di mana syarikat logistik dan eksport berada.R

Namun bermula Oktober tahun lalu, beliau diarahkan menghantar kereta ke 17 Sungei Kadut Street 3, di mana terletaknya premis kereta terpakai sebelum membuka nombor pendaftaran kereta terbabit.

Selepas perjalanan tersebut, beliau akan pulang ke Johor menaiki bas.

Sindiket ini tumpas apabila Polis Singapura mendapat maklumat dan memberkas Freddy di Woodlands pada 27 Oktober 2018 ketika beliau memandu masuk ke Singapura.

Siasatan lanjut mendapati kereta yang dicuri ini dieksport ke luar negara. Setakat ini, hanya tiga buah kereta ditemui.

Penolong Pendakwaraya Singapura Cheng Yuxi memberitahu, ia adalah sindiket antarabangsa yang licik dan sukar untuk mengesannya.

“Beliau telah melakukannya selama tiga tahun, ia memang satu jenayah terancang’ ujar Cheng.

Petronas MREC – Desktop
Tags
Google ads
Back to top button