Buletin

SUBARU SPAIN LANCAR 8 UNIT IMPREZA STi “FINAL EDITION”

Ini mungkin satu perkara yang menggusarkan kerana Subaru menggunakan istilah “Final Edition” terhadap, satu-satunya jentera ikonik 4WD sedan berkuasa dari Jepun yang ada. Jika anda masih ingat, Mitsubishi Lancer Evolution X terakhir juga menggunakan nama yang sama sebelum produksinya ditamatkan sepenuhnya.

Pun begitu, sebenarnya, ini adalah edisi khas yang hanya dikeluarkan di Sepanyol. Ia dihasilkan sepenuhnya oleh Subaru Sepanyol dengan tawaran cuma lapan unit sahaja. Enam daripadanya ialah versi Biru Mutiara WR dan dua lagi berwarna Crystal Black Silica.

Kesemuanya dipasangkan dengan rim “gold” berdiameter 19 inci yang mengingatkan kita era kegemilangan Subaru dalam kancar kejuaraan Rally dunia.

Antara perubahan yang dapat dilihat ialah pemasangan splitter hadapan, radiator grill dengan trim merah dan tip ekzos krom. Di bahagian dalamannya pula, roda stereng dibalut dengan Alcantara, butang penghidup enjin berwarna merah dan karpet STI. Satu plak khas dilekatkan di bahagian kontol tengah sebagai penanda lencana keaslian model Final Edition ini yang sepadan dengan pemegang kunci yang turut didatangkan dengan nombor siri yang sama.

Lain-lain bahagian masih kekal seperti sistem infotainmen dengan skrin sesentuh tujuh inci, 9 pembesar suara Harman Kardon dengan kuasa 440 watt, kamera undur, amaran titik buta, pengesan wiper automatik dan lampu hadapan automatik.

Tiada sebarang perincian diberikan pada bahagian mekanikal. Jadi kami rasa ia tidak mengalami sebarang perubahan. Kenderaan ini dibekalkan dengan unit enjin boxer 2.5 liter tubro yang menghasilkan 296 kuasa kuda dan 407Nm tork. Ia digandingkan dengan transmisi manual enam kelajuan bersama sistem pacuan semua roda sepenuh masa.

Harga?

Ia djual pada harga €57,500 atau sekitar RM264,000 tukaran terus.

GALERI

Google ads
Back to top button