
TRIUMPH TRIDENT 800 LANCAR DI MALAYSIA – 113HP, 84NM
Triumph Motorcycles Malaysia dengan rasminya memperkenalkan Trident 800 untuk pasaran tempatan dengan harga jualan dari RM53,900.
Reka bentuk Trident 800 ini meskipun mirip Trident 660 namun tampil lebih ‘berotot’ berbanding versi 660 apatah lagi dengan kehadiran enjin yang lebih besar.
Menggerakan Trident 800 ini adalah unit tiga silinder 798cc yang sama terdapat pada Tiger Sport 800. Triumph melakukannya dengan mengambil platform dari Trident 660 dan membesarkan bore kepada 78mm (sama seperti Street Triple 765).

Selain itu, dengan penggunaan tiga throttle body menyaksikan Trident 800 ini menawarkan 113hp pada 10,750rpm dan 84Nm pada 8,500rpm.
Kuasa enjin boleh diselaraskan mengikut tiga mod menunggang, Road, Sport dan Rain dan dipadankan bersama transmisi manual dengan bantuan Triumph Shift Assist (quickshifter) yang ditawarkan secara standard.
Suspensi merangkumi fork USD 41mm dari Showa dengan keupayaan boleh laras sepenuhnya serta monoshock dengan pelarasan pra-beban dan lantunan (damping).

Pakej brek terdiri dari cakera 310mm berkembar di hadapan dengan kaliper 4-piston dan 220mm dibelakang dengan kaliper satu piston. Memandangkan Trident 800 ini turut dilengkapi dengan 6-axis IMU maka fungsi seperti Cornering ABS dan lean-sensitive traction control turut ditawarkan.
Antara perincian lain tersenarai:
- skrin TFT
- cruise control
- berat 198kg
- tangki bahan api 14-liter
Dalam pada itu, Triumph Motorcycles Malaysia turut menawarkan versi yang lebih tinggi yang dilengkapi dengan ekzos Akrapovic dan dijual dengan harga RM56,900.



