Buletin

WESTSTAR MAXUS – TUKAR MPV ANDA DENGAN MAXUS G10

Weststar Maxus, pengedar tunggal rangkaian kenderaan Maxus di Malaysia, mengumumkan pelbagai tawaran menarik untuk mereka yang mencari kenderaan keluarga yang serba mewah.

Tawaran istimewa sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri itu berlangsung sehingga 31 Julai 2018.

Pelanggan juga berpeluang menukar MPV mereka dengan sebuah Maxus G10 di semua cawangan Weststar Maxus di seluruh negara.

“Kami menawarkan nilai pertukaran yang tinggi jika dibandingkan dengan harga pasaran dan penjual kenderaan terpakai yang lain,” jelas Pengarah Urusan Kumpulan Weststar, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim.

Ini adalah satu tawaran hebat untuk keluarga yang menginginkan sebuah MPV berkapasiti besar yang boleh memuatkan 10 orang dengan selesa

Bukan itu sahaja, Weststar Maxus memberikan jaminan selama lima tahun (sehingga 120,000 km) serta dua tahun servis percuma termasuk kos buruh dan alat ganti untuk pemilik Maxus G10.

Jaminan berkenaan yang dibuat berasaskan kepada penerimaan positif pasaran, selari dengan amalan pasaran masa kini.

Weststar Maxus membuka dua pusat 3S baharu di Plentong, Johor dan Bukit Mertajam, Pulau Pinang.  

Sementara untuk wilayah Tengah pula, pusat alat ganti Weststar Maxus yang terletak di Klang beroperasi selama 12 jam setiap hari bagi memastikan perkhidmatan servis kenderaan berjalan dengan lancar dan pantas. Dua ruang pameran baharu juga telah dibuka di Bangsar dan Kota Bharu.

Weststar Maxus melantik keluarga selebriti iaitu Awal Ashaari, Scha Alyahya dan Lara Alana sebagai duta jenama Maxus G10. Lebih dikenali sebagai “Schawalara”, mereka akan berkongsi pengalaman Maxus G10 bersama dengan pengikut di media sosial.

Google ads
Back to top button