Buletin

MAXUS G10 SE – 10 TEMPAT DUDUK, RM153,412 SEUNIT

Pengedar tunggal kenderaan jenama Maxus di Malaysia, Weststar Maxus Sdn. Bhd. (Weststar Maxus) semalam melancarkan varian Maxus G10 SE yang baru. 

“Dengan ciri telah dipertingkat dan lebih mewah, Maxus G10 SE pasti dapat menarik minat pengguna yang mahukan sebuah kenderaan 10 tempat duduk pada harga berpatutan,” kata Datuk Vikram dari Weststar Group.

Maxus G10 mula diperkenalkan ke pasaran tempatan pada 2016 dan mendapat makluam balas memberangsangkan.

Perubahan paling ketara pada G10 SE ialah sistem interaksi dalam kenderaan Car-Link yang merangkumi sebuah skrin sistem infotaimen bersaiz 15 inci. Paparan skrin sentuh itu memudahkan kawalan audio, kamera undur, kamera 360 darjah yang pastinya sangat membantu terutama ketika memarkir dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, G10 SE dilengkapi sistem kemasukan tanpa kunci dan kawalan jelajah. Dari segi keselamatan, MPV itu dipasang dengan dua beg udara, brek ABS, EBD, BA, Electronic Stability Program, kawalan cengkaman, ISOFIX dan sistem pemantauan tekanan tayar.

Untuk meningkatkan kemudahan, MPV itu dilengkapi pintu gelangsar pada kedua-dua sisi, selain dua bumbung kaca panoramik.

Maxus G10 SE dikuasakan oleh enjin petrol GDI bersesaran 2.0 liter turbo. Dipadankan dengan kotak gear ZF enam kelajuan automatik, ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 225hp dan tork 345Nm. Enjin itu dikatakan 30 peratus lebih jimat berbanding enjin NA bersesaran 3.0 liter.

BACA: PENING NAK PILIH MPV?

MPV itu sudah boleh didapati di semua bilik pameran Weststar Maxus di seluruh negara. Hadir dalam warna hitam, putih dan perak, Maxus G10 SE boleh anda miliki pada harga bermula RM153,412 seunit (di atas jalan, tidak termasuk insurans).

Google ads
Back to top button