Artikel Pilihan

3 PELAJAR MAUT AKIBAT PINTU CYBERTRUCK GAGAL DIBUKA – PERONDA LEBUHRAYA CALIFORNIA

Satu nahas yang telah berlaku pada bulan November 2024 yang lalu, melibatkan Tesla Cybertruck berpunca daripada sekumpulan pelajar kolej memandu dalam keadaan khayal selepas menghadiri parti minuman keras dan dadah methafetamin

Menurut Peronda Lebuhraya California, Tesla Cybertruck tersebut melanggar pembahagi jalan, dan merempuh tembok sebelum tersepi dengan sepohon pokok telah terbakar serta merta. Malangnya kemalangan tersebut menyebabkan pintu Cybertruck terkunci dan gagal dibuka sehingga 3 daripada 4 penumpang mati akibat terperangkap

Ketika kejadian berlaku, salah seorang rakan mangsa yang memandu dengan kenderaan berasingan menyaksikan kemalangan tersebut berhenti membantu dan berjaya menarik salah seorang mangsa keluar dari Cybertruck yang terbakar

Namun usahanya untuk menyelamatkan mangsa kedua gagal apabila pintu Cybertruck gagal dibuka selepas kemalangan. Matthew menarik pintu dan mencuba butang pada Cybertruck namun pintu trak elektrik tersebut gagal dibuka

Salah satu cermin sisi tingkap berjaya dipecahkan dengan menggunakan dahan pokok, selepas diketuk berpuluh kali. Mangsa kedua gagal diselamatkan akibat api marak terlalu kuat. Standard operasi pada Cybertruck ialah – menghubungi talian 911 apabila kemalangan terjadi

Laporan toksikologi menunjukkan bahawa 3 mangsa telah mengambil alkohol dan kokain pada awal petang, manakala pemandu juga telah menelan methamphetamine. Cybertruck itu dipandu laju di kawasan perumahan dan punca kemalangan adalah kecuaian pemandu

Tesla memprogramkan Cybertruck untuk mengunci semua pintunya apabila kelajuan melebihi 5 batu sejam, dan akan memastikan pintu dikunci sehingga trak berhenti dan diparkir di tempat letak kereta. Kebanyakan pembuat kereta moden akan memprogramkan pintu terkunci untuk membuka kunci secara automatik dalam kes beg udara meletup atau situasi kecemasan.

Namun tidak dapat dipastikan samaada Tesla mempunyai pengaturcaraan serupa untuk Cybertruck, tetapi komputer trak jelas menunjukkan sesuatu yang tidak kena dan memanggil perkhidmatan kecemasan. Tesla gagal dihubungi untuk memberi ulasan berkenaan perkembangan kes ini memandangkan tidak mempunyai pasukan media dan tidak menjawab permintaan media.

Google ads
Back to top button