Buletin

AUDI Q7 2025 DILANCARKAN TAK LAMA LAGI

Audi Malaysia bakal melancarkan model flagship SUV tujuh tempat duduk mereka, Audi Q7.

Menawarkan gabungan ruang, kemewahan, dan prestasi, Audi Q7 direka khusus untuk mereka yang mahukan pengalaman pemanduan premium.

Rekaan luarannya yang berani dan aerodinamik memberikan kehadiran yang dominan di atas jalan raya, manakala teknologi pintar diterapkan menjadikan setiap perjalanan lebih lancar.

Dengan bahagian kabin yang luas dan diperhalusi bersama material berkualiti tinggi memastikan keselesaan maksimum untuk pemandu dan semua penumpang.

Lebih menarik, model ini menandakan sejarah baharu buat Audi di rantau ini, kerana ia merupakan Audi Q7 pertama yang dipasang di Asia Tenggara.

Ini bukan sahaja menonjolkan komitmen jenama Jerman itu terhadap pasaran serantau tetapi juga memberi peluang kepada pengguna Malaysia untuk memiliki SUV mewah ini dengan nilai lebih kompetitif.

Audi Q7 bakal dilancarkan tidak lama lagi dan dijangka akan menarik minat peminat automotif yang menginginkan SUV berprestasi tinggi dengan teknologi canggih.

Google ads
Back to top button