
AKHIRNYA…HONDA MALAYSIA SAH BAWA MASUK CIVIC TYPE R, DIBUKA UNTUK TEMPAHAN
Semalam, kami ke litar Antarabangsa Sepang sewaktu ujian kelayakan Formula Satu sedang berlangsung pada acara terakhir Formula One di Malaysia. Sebenarnya, bukan Formula One yang menarik perhatian kami, sehari sebelumnya, kami dimaklumkan oleh Honda Malaysia bahawa mereka akan mempamerkan Honda Civic Type R kepada umum buat pertama kalinya di Malaysia.
Seperti yang pernah kami siarkan foto intipan yang diperolehi salah seorang pembaca di Pelabuhan Klang sewaktu Honda Civic FK8R tersebut dibawa keluar, kereta ini paling ditunggu-tunggu kehadirannya di sini. Walaupun diketahui bahawa ia mungkin lebih dua kali ganda harga sebuah Civic 1.5 turbo, ia menarik perhatian ramai kerana prestasinya yang mengagumkan.
BACA: CIVIC TYPE R TERPANTAS DI NURBURGRING!
Dinobatkan sebagai kereta pacuan dua roda hadapan terpantas di Nurburgring, Civic Type R dikuasakan oleh enjin 2.0 liter VTEC TURBO dengan output kuasa maksimum 310 PS pada 6,500 rpm dan tork puncak 400 Nm dari 2,500 rpm hingga 4,500 rpm. Enjin itu digabungkan dengan transmisi enam kelajuan manual yang mempunyai padanan rev (rev match) supaya kereta kekal berkuasa semasa tukaran enjin dilakukan.
Mereka yang mahu bermain dengan rev secara tradisional iaitu heel and toe pula boleh memadamkan fungsi tersebut pada sistem talaan kereta walaupun dalam apa jua mod pemanduan dipilih. Kereta ini mempunyai tiga mod pemanduan iaitu +R, Sport, and Comfort.
Salah satu ciri hebat pada Civic Type R ialah sejak dari dahulu lagi ia dipacu oleh dua roda hadapan (FWD). Dengan pacuan itu juga menjadikan Civic Type R sebagai kereta FWD terpantas di Nürburgring Nordschelife sehingga kini. Rekod tersebut dilakar pada 3 April 2017 dengan masa tujuh minit dan 43.8 saat.
Walaupun kereta ini hebat dari segi prestasi, Honda tidak melupakan tentang ciri-ciri keselamatan. Sejumlah kelengkapan keselamatan dibekalkan seperti enam beg udara, Vehicle Stability Assist (VSA), Hill Start Assist (HSA) dan Anti-Lock Braking System (ABS) dengan Electronic Brakeforce Distribution (EBD).
Anda yang berada si sekitar Kuala Lumpur bolehlah ke litar antarabangsa Sepang untuk melihat kereta ini dari dekat. Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa tempahan untuk Type R sudah mula dibuka. Namun harganya belum diumumkan. Tapi kalau dah namanya minat, mampu dan duit bukan masalah, menjadi orang pertama yang memandu FK8R sudah tentu lagi penting.
Tempahan boleh dibuat di mana-mana pengedar Honda Sports Dealer di bawah;
No | Region | Honda Sport Dealers | |
1 | Central | Autoworld Asia Sdn Bhd | |
2 | Central | Botanic Auto Mall Sdn Bhd | |
3 | Central | Global Amity Sdn Bhd (Bangi) | |
4 | Central | Kah Motor Co Sdn Bhd – Selayang | |
5 | Central | Sri Utama Auto Sdn Bhd | |
6 | Central | USJ Car Express Sdn Bhd | |
7 | Central | MH Prestige Auto Sdn Bhd | |
8 | Central | Peringgit Sri Motor Sdn Bhd | |
9 | Central | Tenaga Setia Resources Sdn Bhd | |
10 | Central | The Millenium Auto Carriage | |
11 | East Coast | Chuan Thye Motor Sdn Bhd | |
12 | East Coast | Syarikat Tan Eng Ann Sd Bhd | |
13 | East Malaysia | Syarikat Labuan Automobile Sdn Bhd | |
14 | Northern | Ban Hoe Seng (Auto) Sdn Bhd | |
15 | Northern | Formula Venture Sdn Bhd | |
16 | Northern | Kah Motor Co Sdn Bhd – Sg Pinang | |
17 | Northern | Lee Motor SP (Car Div) Sdn Bhd | |
18 | Northern | Yooi Cars Sdn Bhd | |
19 | Southern | Ban Lee Heng Motor Sdn Bhd (Seremban) | |
20 | Southern | Syarikat Motor GS Tay Sdn Bhd | |
21 | Southern | Yong Ming Motor Sdn Bhd |