Buletin

CRISTIANO RONALDO MELARAM DENGAN KERETA BAHARU – BUGATTI CHIRON BERHARGA RM10.9 JUTA

Dengan pendapatan lebih AS$30 juta (RM120 juta) setahun, bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo memang hidup seperti seorang raja.

Jadi, dengan duit sebanyak itu, membeli sebuah Bugatti Chiron sudah jadi macam membeli sebuah Myvi.

Sedia maklum bahawa dia mempunyai barisan kereta yang kebanyakan daripada kita boleh berangan sahaja untuk memilikinya. Antaranya jentera yang sudah ada di dalam garaj CR7 termasuklah Ferrari, Lamborghini dan Porsche.

Dia juga ada sebuah Bugatti Veyron Grand Sport yang dibelinya tahun lalu selepas memenangi piala Euro Cup.

Terbaharu, Ronaldo ada berkongsi satu klip video pendek di laman Instagram miliknya yang mempunyai lebih 112 juta pengikut. Klip video itu menyaksikan Ronaldo memandu Chiron berwarna kelabu bersama anak lelakinya.

Bugatti dilaporkan hanya menghasilkan 500 unit Chiron yang mempunyai kuasa 1,500hp dan tork maksimum 1,600Nm. Walaupun berharga AS$2.6 juta (RM10.9 juta), jentera yang dihasilkan oleh pengeluar di Molsheim itu sudah hampir habis dijual.

Google ads
Back to top button