
AKIO TOYODA SAMPAIKAN ANUGERAH KEPADA PELUMBA OTAI SUPER GT DAN JGTC – FUH DAPAT PINGAT WEH
Berapa banyak jawatan yang dipegang oleh Akio Toyoda ni sebenarnya? Rasanya semua tahu yang beliau ialah Pengerusi Toyota, pelumba kereta separuh professional dan Presiden Japan Sumo Association. Terbaru beliau juga merupakan Pengerusi Automobile Business and Culture Association of Japan.

Organisasi terbaru disertai beliau sebelum ini kurang menonjol tapi sebaik sahaja terajunya di pegang oleh Toyoda, ia mula dikenali ramai khasnya dalam cabang sukan permotoran. Tugas pertama yang dijayakan Toyoda ialah menyampaikan pingat kepada ‘otai-otai’ SuperGT.
Empat pemandu yang menerima anugerah dari Toyoda telah melengkapkan 150 perlumbaan atau pun lebih dalam JGTC ataupun SuperGT. Pemandu paling prolifik semestinya ialah Yuji Tachikawa yang mula menyertai JGTC pada tahun 1996. Beliau juga pernah bergelar juara sebanyak tiga kali. Pemandu Toyota itu telah melengkapkan lebih 200 perlumbaan dengan pasukan Cerumo dan memandu model-model Supra, Soarer dan Lexus.

Tsugio Matsuda pula telah memandu melebihi 150 perlumbaan dengan pasukan dan pengeluar yang berbeza sejak 1998. Paling diingati semstinya sewaktu beliau merangkul kejuaran dengan memandu Motul Autech R35 GT-R pada tahun 2014 dan 2015.
Penerima anugerah ketiga ialah Hiroaki Ishiura yang memulakna karier SuperGT pada 2006 dengan menyertai kelas GT300 menggunakan Toyota MR-S Toy Story Racing. Kereta lumba tersebut menerima tajaan Disney dan Ishiura juga menyertai 150 perlumbaan sepanjang karier setakat ini.
Juara dua kali SuperGT Kazuya Oshima merupakan pembantu kepada Ishiura pada musim 2007. Oshima kemudian memandu LC500 untuk pasukan Wako Oil Lexus kelas GT500 pada 2019. Karier beliau bermula seawall 2006 dan kini turut mencatatkan rekod 150 perlumbaan dalam siri SuperGT.

Kesemua pelumba menerima plak khas dari Akio Toyoda dan bertemakan ciri tradisional Malaysia dan motif bunga raya bersempena dengan perlumbaan SuperGT pusingan Malaysia baru-baru ini.


