Buletin

ALEX RINS TERNYATA LEBIH BAGUS DARI SAYA – ROSSI

Valentino Rossi mengakui Alex Rins lebih baik daripadanya dalam pertempuran mereka untuk merebut kemenangan di Grand Prix MotoGP di Amerika di Austin semalam.

Rossi merampas kedudukan pendahulu litar ketika Marc Marquez terjatuh semasa selesa pada separuh perlumbaan.

Juara MotoGP Tujuh kali Rossi kemudiannya kelihatan mempunyai peluang untuk menang perlumbaan pertama sejak Assen pada Jun 2017.

Tetapi Rins berjaya mengekori rapat Rossi, dan dengan berbaki empat pusingan beliau berjaya memintas dari dalam selekoh semasa di Turn 7.

Rossi cuba memintas semula, namun hanya membuat kemasukan yang terlalu “wide” pada selekoh ke-12. Kemudian, beliau tidak lagi mampu berada cukup dekat untuk Rins lagi dan akhirnya terpaksa berpuashati di tempat kedua.

“Saya sangat menyesal kerana tidak beroleh kemenangan,” kata Rossi.

“Apabila saya melihat Marquez terbabas, saya berkata, ‘mungkin saya boleh melakukannya’, tetapi kemudian Rins tiba.

“Saya telah memaksa jentera ini ke tahap maksima. Namun perlumbaan ini sangat pantas. Pada akhirnya Rins jelas lebih baik daripada saya, dia menunggang dengan baik dan saya tidak dapat mengatasinya.

“Ia memalukan kerana saya tidak menang untuk jangka masa yang panjang, tetapi pasukan kami tetap komited dan kami akan cuba di pusingan seterusnya.”

Mencatat kemenangan pertama dalam MotoGP, Rins menamatkan kemarau kemenangan Suzuki yang terakhir oleh Maverick Vinales di litar ‘Silverstone pada tahun 2016.

“Saya sangat gembira, saya tidak mempunyai kata-kata lain untuk menjelaskan perasaan ini,” kata Rins penuh emosi.

“Terima kasih kepada Suzuki, mereka melakukan yang terbaik, menghasilkan sebuah jentera yang baik sepanjang tahun ini.

“Saya berjaya, saya sangat gembira, perasaan saya luar biasa.

“Saya mengalahkan Valentino, ini sukar dipercayai. Dia adalah idola saya semasa saya masih muda.

“Kami melakukan yang terbaik sewaktu ujian pra-musim. Saya percaya kami boleh memenangi perlumbaan, kami mempunyai jentera yang kuat. Di Qatar kemenangan sangat dekat, di Argentina kami bermula dari belakang.

Google ads
Back to top button