Buletin

AUDI E SUV CONCEPT – MODEL YANG DIKHUSUSKAN UNTUK PASARAN CHINA SIAP UNTUK DIPRODUKSIKAN TIDAK LAMA LAGI

Sub-jenama terbaharu dari Audi yang dikhususkan untuk pasaran China, AUDI tampaknya telah benar – benar bersedia untuk bersaing di sana membabitkan segmen EV. Setahun selepas pengenalan jenama AUDI ini, Audi yang diusahakan bersama rakan strategik dari China SAIC kini tampil bersedia dengan pengenalan model AUDI E SUV.

Ia menggabungkan kepakaran teknologi Audi dengan inovasi rakan kongsinya SAIC dalam ekosistem digital China. Berdasarkan Platform Digit Termaju (ADP), yang dibangunkan bersama SAIC, jenama AUDI melancarkan model yang melengkapi portfolio jenama Audi global di China. Model AUDI pertama, E5 Sportback, telah dilancarkan dengan jayanya pada September 2025.

Dan kini giliran model AUDI E SUV pula untuk diperkenalkan dan telah ditayangkan bersempena dengan Guangzhou Auto Show 2025 dengan jangkaan berada di pasaran China pada tahun hadapan.

Walau pun ianya adalah merupakan sebuah model konsep terlebih dahulu namun khabarnya produksi massa tidak akan banyak beza dengan rekaan model yang dipamerkan ini.

Dengan dimensi panjang 5,057 mm, lebar 2,042 mm, tinggi 1,786 mm, dan jarak roda 3,060 mm, konsep AUDI E SUV diposisikan sebagai SUV premium elektrik sepenuhnya yang bersaiz besar. Ia menggabungkan reka bentuk SUV futuristik, dinamik pemanduan istimewa Audi dan cengkaman quattro dengan keselesaan perjalanan kelas pertama dan sambungan digital yang komprehensif.

Dua motor elektrik, satu di bahagian hadapan dan satu di gandar belakang, menghasilkan jumlah output 500 kW. Bersama-sama dengan pacuan semua roda quattro, ini membolehkan SUV memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa kira-kira lima saat.

Dengan AUDI 360 Driving Assist System yang telah disesuaikan mengikut senario pemanduan di China akan membolehkan sistem pemanduan yang lebih santai dan selamat.

Kenderaan konsep ini dilengkapi dengan bateri 109-kWh, yang membolehkan jarak lebih daripada 700 kilometer yang dikira mengikut CLTC. Seni bina 800-volt Platform Digital Termaju boleh mengecas semula jarak 320 kilometer dalam sepuluh minit di stesen pengecasan pantas.

BACA : AUDI, BMW DAN MERCEDES HIDUPKAN SEMULA REKA BENTUK KLASIK UNTUK MASA DEPAN

BACA : AUDI Q3 e-HYBRID BAHARU – DEFINASI BAHARU UNTUK SEBUAH SUV KOMPAK PREMIUM

Google ads

B K

Back to top button