Motosikal

MARC MARQUEZ GUNA TOPI KELEDAR SHOEI HINGGA 2018

Pelumba dari Sepanyol, Marc Marquez dan pembuat topi keledar terkenal Jepun, Shoei memperbaharui kontrak mereka hingga tahun 2018. 

Marc-Marquez-Shoei-mekanika (2)

Marquez dijangka menggunakan topi keledar Shoei X-Spirit 3. Ia dibina dengan enam lapisan AIM+ yang diperbuat daripada gentian organik dan gentian multi komposit untuk ketahanan serta penyerapan hentakan optimum.

Lapisan dalaman EPS multi-kepadatan juga direka untuk perlindungan maksimum. Sementara sistem Emergency Quick-Release hadir sebagai satu ciri standard.

Marc-Marquez-Shoei-mekanika (1)

Penunggang pasukan Honda itu memberitahu topi keledar tersebut telah teruji dalam beberapa kemalangan. Termasuklah di litar Misano pada kelajuan hampir 300km/j.

Visor Shoei X-Spirit 3 CWR-F mempunyai sistem kunci berkembar, pelindung koyak dan lensa Pinlock yang boleh dipasang. Bahagian dalamnya boleh dilaras dan bersifat modular. Ia juga menggunakan fabrik yang cepat kering.

Marc-Marquez-Shoei-mekanika (5)

Pengikat, pad tengah dan pad pipi boleh dicabut serta dibasuh secara berasingan. Shoei X-Spirit 3 turut menawarkan tahap ventilasi yang bagus.

Marquez bagaimanapun menamatkan kolaborasi dengan pereka grafik Drudi Performance kerana ia mempunyai hubungan yang terlalu rapat dengan pelumba Yamaha, Valentino Rossi.

Google ads
Back to top button