
BYD SEMAKIN HANDAL DI UK. LEBIH BANYAK UNIT TERJUAL UNTUK Q1
Pengeluar kenderaan elektrik dari China BYD telah menetapkan rekod jualan baharu di UK, menjual 9,271 kereta pada Q1 sahaja untuk tahun 2025.. Pencapaian ini bukan sahaja suku paling berjaya BYD UK sejak syarikat itu memperkenalkan kereta penumpang pada Mac 2023, tetapi juga bermakna syarikat itu menjual lebih banyak kereta pada suku terbaharu berbanding keseluruhan 2024 digabungkan.
Pencapaian yang mengagumkan ini telah melonjakkan bahagian pasaran BYD UK kepada 1.6%, daripada 0.45% pada 2024. Pada bulan Mac sahaja, jumlah bahagian pasaran ialah 1.8% – tepat dua tahun semenjak syarikat itu melancarkan kereta penumpang di UK.

Model BYD SEAL U DM-i dan SEAL merupakan bintang utama yang menonjol pada Q1, dengan model yang pertama berprestasi terbaik dalam segmen PHEV dan yang kedua merupakan model terlaris ketujuh dalam kategori elektrik tulen. Untuk rekod BYD UK telah mendaftarkan sejumlah 3,975 untuk model SEAL U DM-i dan 2,521 model SEAL.
Menurut Steve Beattie, selaku Pengarah Pemarasan dan Jualan BYD UK berkata, “Saya amat berbangga dengan pencapaian terbaharu kami di UK; terima kasih kepada usaha gigih pasukan dan rakan kongsi peruncit kami, kami telah memecahkan satu lagi rekod jualan. Di BYD misi kami adalah untuk membawa kereta berteknologi tinggi dan bernilai tinggi kepada pelanggan kami, dan ia cukup menggembirakan melihatkan sambutan baik daripada dengan pembeli UK. Dengan penambahan model SEALION 7, kami akan terus yakin bahawa lebih ramai orang akan memilihnya.”

Model BYD SEALION 7 baharu sahaja menyertai rangkaian model yang dijual bermula pada bulan Mac dan telah pun terbukti popular di kalangan pelanggan. Dibina berdasarkan e-platform 3.0 BYD dan menggunakan Bateri Blade yang inovatif jenama itu, SEALION 7 menggabungkan prestasi sporty, reka bentuk SUV yang bergaya, teknologi canggih dan kemasan cantik, kabin yang luas. Dengan julat jarak sehingga 502 km, jelas sekali BYD SEALION 7 pastinya mampu menarik perhatian bakal pembeli di UK.
Sebenarnya jenama BYD ini bukanlah asing di pasaran UK. Cumanya jenama BYD ini mula dikenali sekitar tahun 2014 dengan penggunaan bas elektrik pertama mereka di UK. Kini terdapat sejumlah 2,500 unit bas BYD yang beroperasi di UK.
BACA : BYD SEALION 05 EV DIPERKENALKAN DI CHINA – TAWAR JARAK GERAK 520KM, HARGA SEKITAR RM78K
BACA : GAJI RM2,500 TAPI SELERA BESAR, PAKAI KERETA EV BYD SEAL



