
CEO UBER TERKEJUT HARGA TAMBANG UBER MAHAL – PENING MAT!
Tidak ada apa yang janggal sekiranya kita mengetahui kenaikan harga perkhidmatan atas talian, namun baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Uber, Dara Khosrowshahi, terkejut dengan bayaran dikenakan terhadap seorang pengguna.
Pengguna tersebut adalah seorang wartawan, Steven Levy, perlu mengeluarkan kos sebanyak AS$51.69 (RM235) untuk bertemu dan mewawancara Khosrowshahi di West Side.
“Ya Tuhan. Wow!” respon Khosrowshahi, terkejut dengan kadar tambang tersebut.

“Semuanya menjadi mahal. Inflasi telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita,” jawab Khosrowshahi.
“Dengan Uber, sebahagian besar tambang anda akan diberikan kepada pemandu. Pendapatan setiap minggu untuk pemandu kami meningkat 40, 50 peratus dalam tempoh empat tahun lalu.”
Data daripada Rakuten Intelligence menunjukkan kos daripada aplikasi ride-hailing seperti Uber dan Lyft meningkat sebanyak 92 peratus dari 2018 hingga 2021.
Rakuten turut melaporkan bahawa tambang Uber pada April 2021 naik 40 peratus tahun ke tahun.
Namun, pada awal tahun ini, Pusat Buruh UCLA mendapati dari Februari 2019 hingga April 2022, tambang median penumpang untuk Uber dan Lyft di New York City meningkat sebanyak 50 peratus, tetapi gaji pemandu median hanya meningkat 31 peratus sahaja.
Pada Ogos lalu, syarikat itu mencapai rekod 5 juta pemandu di seluruh dunia, meningkat 31 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Jelas Khosrowshahi, beberapa kenaikan harga juga disebabkan oleh Uber tidak lagi memberi subsidi perjalanan dalam usaha untuk memberi tumpuan kepada keuntungan.



