
SEGALANYA TENTANG NISSAN Z NISMO 2024, LEBIH MANTAP
NISMO merupakan singkatan kepada Nissan Motorsport meruoakan satu divisi khas yang dibangunkan oleh Nissan bagi melahirkan jentera perlumbaan yang diasaskan daripada kenderaan keluaran Nissan. Salah satu produk terbaru yang dibangunkan oleh Nissan ialah Nissan Z NISMO 2024
Antara pembaharuan yang dilakukan pada model ini termasuklah:
1. Walaupun masih mengekalkan transmisi 9 kelajuan automatik dan tidak menawarkan transmisi manual buat masa ini, NISMO telah menala semula transmisi ini agar lebih sukan. Pek klac pada transmisi ini telah ditala semula dengan kepingan klac yang lebih banyak.
Ini membenarkan transmisi ini menurunkan gear dengan lebih pantas berbanding dengan transmisi automatik biasa dan memcut 0-100 dalam masa 0.6 lebih pantas. Malah ketika dalam mode Sport+, pemandu tidak perlu menggunakan paddlesifter untuk mencatat masa terpantas di litar

2. NISMO menala enjin VR30DDTT ini agar menghasilkan 20 kuasa kuda dan 46Nm tork lebih banyak dengan memaksa sistem turbo bekerja 5000RPM lebih tinggi berbanding dengan turbo biasa. ECU pula telah ditala agar beroperasi agar masa pencucuhan palam pencucuh berlaku dengan lebih tepat.
3. Proses penghantaran kuasa ke roda belakang diperkemaskan lagi dengan penggunaan Limites Slip Differential iaitu ciri yang sama ditawarkan pada varian Z Performance, namun NISMO menjelaskan rasa pecutan adalah lebih baik
4. Structural Bracing telah dipasang pada bahagian depan cesi, tengah dan juga belakang cesi bagi menguatkan lagi platform. NISMO juga telah menambah lebih banyak perekat, titik kimpalan yang lebih banyak, dan juga foam bagi menambah ketegaran cesi sebanyak 2.5%

Varian ini turut menerima penyejuk minyak enjin yang lebih besar, menggunakan minyak enjin lebih banyak serta cakera brek depan yang lebih besar menjadikan varian NISMO ini 99 kg lebih berat. Namun NISMO meyakinkan bahawa mereka sudah biasa mengendalikan kereta sport dengan berat yang berlebihan dan ia bukanlah satu isu besar.
5. Suspensi depan dan belakang direka semula agar lebih keras pada spring dan juga penyerap hentakan selain bar anti oleg dengan diameter lebih besar digunakan. Pelapik getah pada sistem stering dan suspension arm ditukar kepada getah yang lebih keras.
6. Rim pula menggunakan rim daripada jenama RAYS bersaiz 19 inci yang lebih ringan berbanding versi standard. Tayar pula menggunakan Dunlop SP Sport Maxx GT600 namun saiz tayar belakang diubah menjadi 10mm lebih lebar berbanding dengan varian biasa untuk prestasi di selekoh yang lebih baik.

7. Angkup brek pula ditukar kepada jenama Akebono dengan 4 piston manakala rotor brek ditukar kepada saiz 15 inci, satu inci lebih besar daripada biasa. Angkup brek belakang menggunakan rekaan yang sama dengan Z Performance dengan rotor bersaiz 13.8 inci. Pelapik brek pula menggunakan pelapik brek khas untuk kegunaan litar.
8. Kusyen pula diambil daripada Recaro dengan balutan kulit dan gabungan bahan alcantara. Bahan ini juga digunakan untuk membalut stering pada keduduka nombor 3 dan 9 selain diberikan penanda berwarna merah pada pukul 12.




