
AHLI PERNIAGAAN BELANJA SAKAN GUNA DANA SYARIKAT – BELI JET PERIBADI DAN KAPAL MEWAH
Seorang lelaki kantoi membeli jet peribadi dan kapal layar mewah dengan menggunakan wang daripada majlis berkuasa tempatan, Thurrock Council.
Dokumen menunjukkan bahawa ahli perniagaan, Liam Kavanagh menikmati perbelanjaan mewah dengan berpuluh-puluh juta pound untuk membeli jet peribadi bernilai RM59 juta, kapal layar mewah (RM79 juta) dan Bugatti Chiron (RM9 juta).
Siasatan turut mendapati bahawa ahli perniagaan berkenaan menggunakan wang sebanyak RM198 juta untuk kegunaan lain.

Untuk rekod, Liam Kavanagh sebelum ini melabur sekitar RM4 bilion untuk memastikan perniagaan ladang solar berjalan lancar termasuk melabur dalam perniagaannya, Rockfire.
Setahun selepas Suruhanjaya Audit dimansuhkan pada 2015, Thurrock Council merancang untuk mendapatkan bayaran faedah menerusi pelaburan tersebut.
Walau bagaimanapun, ia tidak seperti yang dirancang apabila pembayaran faedah dihentikan dan anggaran nilai ladang solar Kavanagh begitu rendah berbanding jangkaan.
Sejak kegiatannya dihidu, ahli perniagaan itu tidak lagi tinggal di UK selain mengambil keputusan untuk menjual ladang solar hingga menyebabkan Thurrock Council mengalami kerugian begitu besar.
Setakat ini, Thurrock Council sedang mengusahakan untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada kerajaan untuk menampung segala perbelanjaan operasi.
- BACA: ICON OF THE SEAS TAWAR PERCUTIAN KAPAL MEWAH. ADA TAMAN TEMA AIR TERBESAR DI LAUT
- BACA: PERANCIS DAN JERMAN RAMPAS KAPAL MEWAH MEGA MILIK OLIGARKI RUSIA
- BACA: SPRM SITA HELIKOPTER PERSENDIRIAN, PORSCHE, MUSTANG, MCLAREN DAN KAPAL MEWAH MILIK KETUA SINDIKET TENDER KERAJAAN
- BACA:RUMAH ATAS KAPAL MEWAH RM4 JUTA. MULA BERLAYAR TAHUN 2025. BOLEH KELILING DUNIA DENGAN BERGAYA