Buletin

CIMB 1-MINUTE AUTO FINANCING INSTAAPPROVAL – LULUS PINJAMAN KERETA DALAM MASA 1 MINIT SAHAJA!

CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad hari ini memperkenalkan CIMB 1-Minute Auto Financing InstaApproval.

Ia merupakan satu platform digital yang memberi kelulusan pinjaman kenderaan dalam masa cuma satu minit selepas semua maklumat dan dokumen berkaitan dihantar. Keseluruhan proses mungkin mengambil masa kurang 10 minit.

CIMB 1-Minute Auto Financing InstaApproval adalah penambahan terbaharu dalam siri perkhidmatan CIMB InstaApproval, selepas 1-Minute Home Financing InstaApproval.

Siri perkhidmatan ini menawarkan kelulusan kewangan secara dalam talian yang pantas, selamat, lengkap dan tanpa kertas yang turut melibatkan pengesahan cap jari.

Pinjaman yang ditawarkan adalah sehingga sembilan tahun dengan pembiayaan sebanyak 90 peratus.

CIMB 1-Minute Auto Financing InstaApproval dilihat sebagai satu anjakan paradigma dalam aspek kelulusan pembiayaan kenderaan yang biasanya mengambil masa selama sehari.

Terbuka untuk semua jenis kenderaan, sama ada baharu atau terpakai, kelulusan itu hadir bersama pengeluaran Letter of Undertaking, selain notifikasi serta-merta menerusi SMS dan e-mel kepada pelanggan dan pengedar kereta.

“Kelulusan pantas CIMB 1-Minute Auto Financing InstaApproval yang kini adalah paling pantas di pasaran bukan sahaja membuktikan komitmen kami terhadap inovasi digital yang dinyatakan dalam Strategi T18.

“Malah ia mencatat satu pencapaian besar dalam usaha CIMB meningkatkan pengalaman pelanggan. Kami yakin perkhidmatan ini akan memberi impak besar kepada kami dan rakan auto kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Perbankan Pengguna CIMB Group, Samir Gupta.

CIMB 1-Minute Auto Financing InstaApproval boleh didapati di bilik-bilik pameran kenderaan terpilih, siri jelajah dan pengedar tertentu.

Buat masa sekarang, tujuh rakan telah mengambil bahagian dalam program ini. Antaranya ialah Cycle & Carriage Bintang Berhad, Edaran Tan Chong Motor, Honda Malaysia Sdn. Bhd., Ingress Auto Malaysia Sdn. Bhd., Perodua Sales Sdn. Bhd., Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. dan UMW Toyota Motor Sdn. Bhd.

Google ads
Back to top button