Buletin

KUTIPAN TOL JAJARAN KL-SEREMBAN EXPRESSWAY & SALAK EXPRESSWAY DITAMATKAN MULAI HARI INI

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam satu kenyataan rasmi memaklumkan bahawa kutipan tol untuk Jajaran Kuala Lumpur – Seremban Expressway dan Salak Expressway (yang dahulu dikenali sebagai sebahagian daripada Jajaran Lebuhraya Metramac) di Plaza Tol Sungai Besi kendalian Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) telah ditamatkan mulai jam 12.01 pada 1 Jun 2018.

Langkah itu dibuat berikutan tempoh konsesi jajaran tersebut sudahpun tamat. Justeru, semua bayaran tol di laluan keluar dan masuk di Plaza Tol Sungai Besi dikurangkan di antara 50 hingga 1 peratus (RM0.40 hingga RM1.70), bergantung kepada jarak perjalanan dan kelas kenderaan.

Penamatan itu akan memberi manfaat kepada hampir 130,000 kenderaan yang menggunakan plaza tol berkenaan setiap hari. Ini kerana pengguna yang melalyi Plaza Tol Sungai Besi kini hanya perlu membayar tol mengikut jajaran Lebuhraya PLUS sahaja.

Kadar kutipan tol baru itu boleh didapati di laman web: www.plus.com.my atau menerusi aplikasi PLUS Mobile Apps.   

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button