Buletin

CIMB DAN PLUS TAWAR PILIHAN BAYARAN TOL TnG RFID BERMULA 1 JAN 2020

CIMB Group Holdings dan PLUS Malaysia Berhad semalam mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama untuk menyediakan opsyen pembayaran kepada pengguna lebuh raya PLUS di seluruh negara melalui Teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID). 

Bakal diuruskan oleh Touch n’ Go Berhad (TnG), inisiatif itu membolehkan pengguna membuat pembayatan tol dengan lebih mudah menerusi konsep ‘Open Payment’.

Maksudnya, anda boleh memilih untuk menyambungkan TnG RFID dengan kad kredit, kad debit, akaun bank atau TnG w-wallet. 

CIMB menyatakan pihaknya komited untuk bekerjasama dengan PLUS dan konsesi lebuh raya lain bagi memastikan  pilihan pembayaran itu boleh diakses oleh rakyat Malaysia.

“Kami akan terus berinovasi dalam memberi kepuasan kepada pelanggan dan bekerjasama dengan rakan konsesi demi menawarka penyelesaian kepada pengguna lebuh raya. 

“Kami melihat inisiatif ini sebagai satu evolusi dalam pembayaran dan sesuai untuk masa depan lebuh raya negara,” kaa Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Zafrul Aziz dalam satu kenyataan. 

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail mengakui pengguna lebuh raya perlu diberi lebih banyak pilihan demi menikmati perjalanan yang selesa. “Cara pembayaran lain akan dipertimbangkan agar ia relevan dengan kehendak pasaran. 

“Transaksi RFID bersifat real time. Jadi, pelanggan akan menerima notifikasi tentang baki bayaran secara serta-merta. CIMB dan TnG juga memberi komitmen penuh dalam standard perkhidmatan ini,” kata Azman. 

Sebagai permulaan pada 1 Januari 2020, perkhidmatan TnG RFID akan ditawarkan di 10 plaza tol PLUS bersistem terbuka. Sementara plaza tol dengan sistem tertutup yang berdasarkan kepada kelas kenderaan dan jarak perjalanan bakal bermula pada 1 April 2020.  

CIMB dan PLUS menjelaskan mode pembayaran RFD itu dijangka mengantikan kad TnG secara berperingkat-peringkat. Perkhidmatan RnG RFID telah dimulakan sebagai projek perintis di beberapa lebuh raya terpilih di seluruh negara pada awal tahun ini. 

Sehingga sekarang, lebih 700,000 tag RFID yelah dipasang dan disambungkan dengan TnG e-wallet sebagai sumber pembayarannya. 

Bagi memberi lebih kemudahan kepada pengguna, PLUS dan TnG akan bekerjasama untuk membolehkan mode PayDirect di semua lebuh raya PLUS menjelang pertengahan tahun 2020. 

Tags
Google ads
Back to top button