Buletin

DAH RASA PEMANDUAN BRITISH SEBENAR? JOM KE “DARE TO LOVE” MG MOTOR ROADSHOW  DI 1 UTAMA, TENGAH HAPPENING SEHINGGA 13 JULAI!

Adakah anda bersedia untuk jatuh cinta pada pandang pertama? MG Motor Malaysia membawa satu pengalaman luar biasa, pertemuan pertama dengan MG Cyberster RWD.

MG Cyberster RWD ialah roadster elektrik pertama di dunia yang hadir dengan gaya memukau dan pintu (scissor doors) yang pasti mencuri perhatian pada harga bermula RM299,900.

Inilah detik anda untuk melihat sendiri masa depan kereta elektrik ini secara langsung di 1 Utama Shopping Centre (Old Wing), Ground Floor Centre Court, dari sekarang hingga 13 Julai, jam 10 pagi hingga 10 malam.

Tapi ini bukan sekadar pameran, ia sebuah jemputan untuk merasai detik penuh adrenalin dan gaya dengan ganjaran eksklusif menanti anda.

Tempah MG Cyberster RWD semasa roadshow dan anda akan menerima:

  • Pakej pengecasan tanpa had selama setahun dengan JomCharge dan teknologi AutoCharge.
  • Pengecas AC Wallbox 7kW percuma untuk rumah anda.
  • Model diecast edisi terhad MG Cyberster.

Bukan itu sahaja, barisan penuh model MG juga turut serta seperti MG5, MG4, MG HS dan MGS5 EV, dengan sesi uji pandu disediakan supaya anda boleh merasai sendiri pemanduan dan teknologi pintar MG.

Promosi Khas Roadshow:

  • MGS5 EV bermula dari hanya RM109,900 – dengan penjimatan pelancaran RM6,000.
  • Rebat tunai RM7,000 untuk MG5.
  • Ansuran bulanan serendah RM974 untuk MG4

Jadi, ayuh jangan sekadar lihat dari jauh. Langkah masuk, duduk di belakang stereng dan alami sendiri apa yang dimaksudkan dengan Dare to Love.

Jika anda tidak berkesempatan mengunjungi MG Motor Roadshow, anda masih boleh membuat temu janji pandu uji di mgmalaysia.com/book-a-test-drive atau cari pengedar MG sah berhampiran anda di mgmalaysia.com/find-a-dealer.

GALERI

Google ads
Back to top button