Buletin

CONTINENTAL LANCAR TAYAR ECOCONTACT 6 DAN 6Q DI MALAYSIA – UNTUK KENDERAAN PETROL, HIBRID, ELEKTRIK

Continental, jenama tayar bertaraf global dari Jerman, kini memperkenalkan dua model baharu ke pasaran Malaysia – EcoContact 6 dan EcoContact 6Q.

Menurutnya, kehadiran dua model baharu itu adalah sebagai respons terhadap permintaan untuk tayar yang bukan sahaja cekap bahan api, malah mesra alam dan selesa untuk pemanduan harian.

Direka dengan teknologi terkini, kedua-dua model tayar ini membawa ciri-ciri inovatif yang memenuhi keperluan pemandu kenderaan petrol, hibrid dan elektrik.

EcoContact 6 misalnya, menampilkan sebatian silika khas yang mengurangkan rintangan golekan dan sekaligus membantu mengurangkan penggunaan bahan api serta pelepasan CO₂.

Cengkaman unggul di jalan kering dan basah turut diperoleh hasil reka bentuk rib asimetri serta susunan sipe yang dioptimumkan.

EcoContact 6Q pula tampil dengan fokus terhadap keselesaan akustik, membawa teknologi senyap yang meningkatkan keselesaan di dalam kabin.

Ia menggunakan kompaun Advanced Green Chili 2.0 yang menyesuaikan diri dengan permukaan jalan, memberikan pengurangan bunyi dan penjimatan bahan api dalam satu pakej.

Kedua-dua model ini turut dilengkapi dengan teknologi ContiSilent™, satu sistem penyerap bunyi menggunakan busa poliuretana khas yang dipasang pada bahagian dalam tayar.

Teknologi ini mampu meredam bunyi dalaman sehingga 9 desibel (dB), menjadikan pengalaman pemanduan jauh lebih senyap, khususnya dalam persekitaran bandar yang sibuk.

Continental juga menjelaskan bahawa EcoContact 6 lebih sesuai bagi pemandu yang mengutamakan ketahanan tayar, manakala EcoContact 6Q lebih menyerlah dalam aspek kesenyapan dan kelancaran pemanduan.

Kedua-duanya telah mendapat kepercayaan pengeluar kenderaan utama dunia, termasuk BMW dan Mercedes-Benz, dan tersedia sebagai tayar asal kilang (OE) bagi pelbagai model mereka.

Tayar EcoContact 6 dan EcoContact 6Q ditawarkan dalam pelbagai saiz dari 15 hingga 21-inci dan kini boleh didapati melalui rangkaian pengedar sah Continental di seluruh negara, serta platform dalam talian seperti Shopee, TNG eWallet, dan Lazada.

Google ads
Back to top button