Buletin

DUA PEMILIK BERTUAH TERIMA SEBUAH LAGI ISUZU D-MAX 2.5 AUTO 4X4!

Dua orang pemilik Isuzu D-Max nyata sangat bertuah apabila dipilih sebagai pemenang peraduan “Isuzu D-Max Buy and Win” yang menawarkan hadiah sebuah lagi Isuzu D-Max 2.5 Auto 4×4.

Peraduan yang diadakan sempena sambutan Hari Raya dan Hari Gawai tahun ini tersebut membolehkan Ghanie Entalang dari Sebauh, Sarawak dan Sugumaran A/L Nagappan memandu pulang trak pikap berkenaan, Mereka membeli sebuah model Isuzu baru pada April dan Jun lalu.

Ghanie pada awalnya berasa ragu-ragu dengan panggilan yang diterima untuk memaklumkankemenangannya hanya ketawa.

“Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya ialah panggilan itu penipuan semata-mata. Hanya selepas mendengar penjelasan lanjut daripada pengedar, barulah saya sedar bahawa dia tidak main-main dan rasa sangat terkejut. 

“Saya teringat memang ada mengisi borang peraduan ketika membuat pembelian kenderaan baru sebelum ini. Saya terlalu gembira mendengar berita ini sampai tak boleh tidur malam,” kata Ghanie.

Sugumaran juga berkongsi cerita yang sama. Dia sangat terkejut ketika diumumkan sebagai pemenang kerana tidak pernah menyangka penyertaannya akan dipilih. “Saya ingat ia hanya cabutan bertuah biasa dengan hadiah yang kecil. 

“Ketika saya menerima panggilan daripada pengedar, saya agak terkejut dan terfikir itu mungkin hanya jenaka. Tetapi kemudian, saya menerima panggilan dari ibu pejabat Isuzu yang mengesahkan bahawa saya telah memenangi sebuah lagi kenderaan. Saya sangat teruja,” jelasnya. 

Sugumaran menguruskan perniagaan trak dan meluangkan banyak masa sebagai pegawai keselamatan yang melawat ladang-ladang kelapa sawit.

Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki menyerahkan hadiah yang dimenangi Ghanie di bilik pameran Isuzu KM Mobil di Bintulu. Sementara Pengurus Besar Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo pula menyerahkan hadiah kepada Sugumaran di bilik pameran Isuzu Jumbo Arena, di Kluang, Johor. 

Google ads
Back to top button