
APAKAH KERETA PILIHAN PENJENAYAH KAYA DAN TERKENAL?
Harta kekayaan memang menjadi buruan semua manusia di dunia ini. Tinggal lagi bagaimana cara yang dipilih untuk mendapatkannya. Ada yang memilih jalan yang halal dan ada yang memilih untuk melakukan jenayah. Ada juga yang memilih untuk menjadi tauke kosmetik dan ramai juga yang berjuang di medan MLM.
Tapi tak kiralah macam mana kaya pun seseorang cara duit dibelanjakan hampir sama sahaja. Biasanya matlamat utama ialah rumah besar kalau boleh dengan 300 bilik, isteri besar, maaf, isteri cantik dan kereta-kereta mewah ataupun supercar. Apa tujuannya? Mestilah untuk show off brader, jangan malu-malu, cakap je benda betul.
Kereta-kereta hartawan terkenal kita dah pernah baca tapi bagaimana pula dengan koleksi kereta-kereta penjenayah terkenal, hebat sangat ke?
Pablo Escobar

Mana boleh cerita pasal penjahat terkenal tanpa menyebut nama Pablo Escobar, raja dadah paling terkenal dalam sejarah dunia (kalau tak kenal memang sah korang generasi wicet). Escobar bukan setakat raja dadah nombor 1 tetapi beliau juga seorang peminat kereta dengan koleksi yang mengagumkan. Antara kereta yang berada dalam koleksi beliau adalah sebuah Mercedes S600 Pullman 1972, Mercedes 190SL Roadster, Cadillac V8 Town Sedan 1928,DeSoto 1946, Porsche 935V, Porsche 911 RSR 1974 dan sebuah lagi Porsche paling sukar ditemui, Porsche 356 1964.
Escobar cukup berminat dengan perlumbaandan menggunakan Porsche 911 RSR untuk berlumba sewaktu beliau tidak membunuh musuh-musuh empayar kokain beliau. Kereta yang sama ialah jentera perlumbaan yang dipandu oleh Emmerson Fittipaldi dalam siri AROC 1974 sebelum dibeli oleh Escobar.
El Chapo
El Chapo ialah pengganti kepada Escobar dan mengepalai kartel Sinaloa. Kini beliau sedang meringkuk dalam tahanan AS tetapi berdasarkan rekod, diorang ni sebenarnya bila-bila masa saja boleh melarikan diri dari tahanan. Nak tak nak je.

Antara kereta dalam koleksi El Chapo ialah sebuah Dodge Charger yang diklon menyerupai kenderaan rasmi pihak berkuasa AS, Mercedes-Benz SPR McLaren talaan Renntech, Nissan GT-R, Dodge Viper, 2 trak berperisai RAM dan 4 Jeep Cheerokee yang kalis peluru.
Teodoro Obiang Nguema Mbasogo

Mendapat nama jolokan El Jefe (Boss), ini bukan penjenayah biasa tetapi beliau juga Presiden Equatorial Guinea. Beliau naik melalui rampasan kuasa berdarah selain terlibat menggelapkan duit negara untuk kepentingan sendiri. Beliau yang kini sedang disiasat banyak negara termasuk AS turut mempunyai sejumlah koleksi kereta yang mengkagumkan. 11 unit daripada koleksi beliau bersama anak lelaki (yang juga korup sepertinya) telah dirampas dan dilelong. Antara yang paling menarik ialah sebuah Lamborghini Veneno.
Al Capone

Capone merupakan ketua gangster paling popular dalam sejarah. Beliau juga dikenali dengan nama Scarface dan mempunyai koleksi 2 buah kereta vintaj Cadillac yang lengkap berperisai (masa tu tak dikira vintaj lagi). Cadillac itu bukan hanya bergaya tetapi telah diubahsuai pada bahagian enjinnya. Selain daripada itu ia turut dilengkapi dengan siren dan lampu amaran polis berwarna biru. Bayangkan kalau berlaku kejar mengejar, polis ada siren, Capone pun ada siren.
Richard Carter

Beliau merupakan seorang pengedar dadah terkenal di AS dengan koleksi kereta-kereta unik. Beliau memang meminati jenama Maserati dan biasa digelar dengan nama Maserati Rick. Gambar koleksi keretanya memang payah nak dapat kecuali satu ni. Maserati Shamal 1992.
Sandeep Singh – Dosanjh

Biasanya penjenayah kolar putih memang ramai tak minat tapi singh ni berjaya menipu pihak Kastam dan Hasil United Kingdom dengan kerugian mencecah 38 juta pound hanya dalam 69 hari. Apa nak buat dengan duit banyak tu? Anda kami tak tahu tapi Singh ni telah membeli Rolls-Royce Phantom untuk melaram (teruk jugak pilihan mamat ni). Sekarang beliau berada dalam tahanan dan kereta terbabit disita selepas penahanannya.
Luis Hernando Gomez Bustamante

Asalnya beliau cuma bekerja di pam petrol tetapi kemudian muncul sebagai pengedar dadah yang kaya raya. Antara senarai yang hartanah yang melambangkan kekayaan beliau mencecah 100 juta dollar ialah 2 dozen bangunan pejabat, 68 ladang dan 20 tempat pakir kereta. koleksi kereta beliau memang mewah dan antara yang paling menarik ialah sebuah Ferrari 348 TS yang telah dirampas dan diserahkan kepada jabatan polis. Ia dijadikan kereta peronda polis tapi sayangnya ia tidak pernah digunakan dan sekadar menjadi bahan pameran.
Kredit Carbuzz.com