Buletin

EMIL LINDHOLM KEMBALI SEMULA KE TOKSPORT UNTUK PANDU SKODA FABIA RS RALL2 MUSIM INI

Akhirnya, bekas juara WRC2 musim 2022, Emil Lindholm kembali semula menyertai pasukan Toksport untuk memandu jentera Skoda Fabia RS Rally2 bagi menghadapi musim WRC2 2025.

Kurang daripada tiga tahun lalu, pelumba dari Finland itu meraikan kemenangan gelaran WRC2 2022 bersama Juruarah Reeta Hämäläinen, untuk merangkul mahkota kejuaran di FORUM8 Rally Japan yang merupakan perlumbaan terakhir bagi musim tersebut. Musim cemerlang Emil Lindholm ketika itu memandu jentera Škoda Fabia Rally2 Evo yang disediakan oleh Toksport meletakkan namanya dengan kukuh dalam radar pasukan utama.

Berharap agar dapat melangkah ke peringkat tertinggi, Emil Lindholm memilih untuk menyertai pasukan WRC2 Hyundai ketika pertengahan musim 2023. Walau pun berjaya mendapatkan podium ketika debut memandu jentera Hyundai i20 N Rally2 di Rally Estonia namun baki musim 2023 dan perlumbaan 2024 rupanya menjadi cabaran getir buat beliau.

Sepanjang lapan pusingan WRC seterusnya, dia hanya mencatatkan penamat dua mata, tanpa podium lagi dan beberapa kali tidak dapat menamatkan perlumbaan.

Dan kini Emil Lindholm kembali semula ke pasukan asal Toksport yang turut akan mempertaruhkan jentera Skoda Fabia RS Rally2 untuk naib juara WRC2 Challenger Nikolay Gryazin langkah yang dilihat sebagai permulaan semula untuk kerjaya beliau namun segera disangkal olehnya.

Menurut beliau, rancangan asal adalah untuk kekal memandu bersama pasukan Hyundai namun keputusan tersebut mungkin akan menyebabkan nama beliau terus hilang dalam radar WRC2 sebagai pesaing utama. Maka keputusan untuk kembali semula ke Toksport dan Skoda adalah suatu keputusan yang tepat memandangkan umum mengetahui akan kehandalan jentera Skoda dalam kelas WRC2 sebelum ini.

Emil Lindholm mempunyai harapan yang tinggi untuk menembusi peringkat teratas pasukan utama bersama Hyundai, tetapi walaupun terdapat beberapa peluang memandu uji jentera Rally1, kejayaan itu tidak pernah menjadi kenyataan.

Kempen WRC2 untuk Emil Lindholm bersama pasukan Toksport akan merangkumi lima perlumbaan dengan lokasi perlumbaan pertama akan bermula di Rally Islas Canarias pada bulan April nanti. Persembahan dan keputusan yang kukuh bakal menyaksikan beliau melanjutkan program perlumbaan kepada tujuh perlumbaan bagi melengkapkan setidaknya tujuh perlumbaan penuh untuk mengutip mata bagi kejuaraan WRC2.

Kredit Foto : WRC

BACA : APA JADI DENGAN SKODA / TOKSPORT UNTUK KEMPEN WRC2 MUSIM INI?/

BACA : MASANYA UNTUK TANAK MENGUJI HYUNDAI i20 N RALLY2

Google ads

B K

"
"
Back to top button