Artikel Pilihan

MASANYA UNTUK TANAK MENGUJI HYUNDAI i20 N RALLY2

Sesudah memperkenalkan model pengganti kepada jentera rali R5, Hyundai i20 N Rally2 sebelum ini, maka sudah sampai ketikanya untuk pasukan Hyundai menguji kehandalan jentera rali baharu tersebut pada penghujung November yang lalu.

Dan tugas untuk menguji jentera rali tersebut tidak lain dan tidak bukan diserahkan kepada pemandu utama pasukan Hyundai, Ott Tanak. Turut serta dalam ujian tersebut adalah pencabar kejuaraan WRC3 musim ini, Jari Huttunen.

Pemandu Finland yang memandu jentera i20 R5 musim ini, Jari Huttunen terlebih dahulu berpeluang untuk menguji jentera baharu Hyundai i20 N Rally2 di kawasan berhampiran ibu pejabat pasukan di Alzenau, Jerman. Ott Tanak kemudiannya memandu uji jentera tersebut di tengah kota Itali sementara menantikan perlumbaan di Litar Monza pada penghujung November tempohari.

Kedua – duanya berjaya berjaya menamatkan ujian dengan jarak melebihi 500km buat jentera yang bakal digunakan untuk perlumbaan WRC musim 2021 bagi kategori Rally2 dan juga Rally3. Menariknya sang mantan juara, Ott Tanak memberikan maklum balas yang positif terhadap jentera tersebut.

“Saya mempunyai dua hari yang cukup padat bersama Hyundai i20 N Rally2. Saya dan Jabatan Perlumbaan Pelanggan berjaya mendapatkan data penting mengenai sistem ampaian dan juga keseimbangan chasis. Jelas sekali kereta ini mempunyai karakter yang tersendiri dan juga asas yang cukup baik”, ujur Ott Tanak.

Dua ujian pertama yang dilakukan ini lebih ditumpukan kepada keupayaan pemanduan dan juga pengendalian terhadap jentera Hyundai i20 N Rally2.

Menurut Ketua Jabatan Perlumbaan Pelanggan Andrew Johns, kerja – kerja pembangunan serta ujian akan bersambung lagi selepas ini dengan beberapa pemandu lain dijangka turut serta sebagai pemandu uji bagi memastikan jentera rali yang dijanakan oleh enjin asal i20 N ini cukup kompetetif dari segi kelajuan dan juga ketahanannya.

Pelanggan pertama dijangka menerima model baharu ini sebelum bermulanya kalendar perlumbaan WRC 2021. Dengan tamatnya kempen musim 2020 ini, kita boleh menjangkakan beberapa siri ujian jentera WRC untuk musim hadapan selepas ini pula.

BACA : HYUNDAI i20 N RALLY 2 DIDEDAHKAN

BACA : HYUNDAI i20 R5 – KERETA LUMBA MESRA BAJET KOREA YANG HANDAL

Google ads

B K

Back to top button