Buletin

FIVE BERI PELUANG USAHAWAN KECIL BUKA STESEN MINYAK DI KAWASAN TERPENCIL

FIVE Petroleum Malaysia Sdn Bhd, sebuah syarikat bahan api berlesen tempatan yang terbaru di Malaysia mengumumkan pelancaran jenamanya secara rasmi.

Stesen petrol pertamanya dibuka di Kalumpang, Selangor. Bagi memastikan bahan apinya memenuhi piawaian kualiti tertinggi, FIVE telah memperoleh kontrak bekalan daripada PETRONAS.

Dijenamakan sebagai Ultimaxx, FIVE berazam untuk menawarkan bahan api berkualiti tinggi, jimat dan mudah. FIVE akan diuruskan oleh pasukan saama yang membina Seng Group.

Ditubuhkan pada tahun 1971, Seng Group merupakan antara peneraju dalam perniagaan runcit petrol selama hampir lima dekad. Ia menawarkan perkhidmatan pembekalan dan mengurus kepada pengendali stesen petrol, termasuklah pembinaan stesen-stesen baharu.   

FIVE menerima lesen daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada 15 Januari 2020. Ia mahu menjadi jenama petrol yang mudah dikendalikan oleh usahawan baru.

Ini bukan sahaja memberi peluang perniagaan, malah stesen boleh dibuka lebih banyak di kawasan terpencil dan mudah diakses oleh pengguna.

Seiring dengan perkembangan teknologi digital, stesen petrol FIVE akan memperkenalkan aplikasi mudah alih yang membolehkan pembayaran tanpa tunai dibuat.  

Google ads
Back to top button