Buletin

LAND ROVER DISCOVERY SPORT R-DYNAMIC. 2 VARIAN, BERMULA RM379,800

Jaguar Land Rover Malaysia baru-baru ini memperkenalkan Land Rover Discovery Sport, SUV kompak premium ke pasaran tempatan.

Hadir dalam dua varian iaitu lima dan 5+2 tempat duduk, Discovery Sport R-Dynamic ditawarkan pada harga RM379,800 dan RM409,800 seunit (tidak termasuk insurans, cukai jalan, untuk Semenanjung Malaysia sahaja).

DNA reka bentuk Discovery diteruskan ke atas model baharu ini dengan siluet lebih sporty dan wajah yang garang. SUV tu juga tampil lebih moden menerusi penggunaan sepasang lampu LED di hadapan dan belakang.

Discovery Sport dijana oleh enjin petrol turbo Ingenium bersesaran 2.0 liter yang dipadankan dengan kotak gear ZF 9-kelajuan. Nisbah gear ditala rapat supaya dapat menawarkan respons pecutan terbaik, selain mengurangkan penggunaan bahan api, emisi dan bunyi bising enjin.

Teknologi pintar seperti ClearSight Ground View memberikan pemandu pemandangan jelas yang membantu mereka ketika melalu laluan sukar, parker di ruang sempit dan sebagainya.

Papan pemuka dipasang dengan skrin sentuh sistem infohibur Touch Pro bersaiz 10-inci yang menawarkan ciri Apple CarPlay dan Android Auto. Ia hadir dengan antara muka yang mesra pengguna dan boleh dioperasi seperti sebuah iPad.

Sistem itu juga membolehkan pemandu mengawal sistem pendingin hawa dan Terrain Response 2.

Sementara Paparan Pemanduan Interaktif bersaiz 12 inci dipasang sebagai ciri standard. Ia memaparkan pelbagai maklumat penting pemanduan seperti data keselamatan, navigasi, media dan sebagainya.

Head-up display generasi kedua turut dipasang untuk memaparkan pelbagai maklumat penting menerusi grafik berwarna. Antara maklumat yang dipaparkan adalah kelajuan kenderaan, kedudukan gear dan navigasi.

Mazda CX30

Discovery Sport juga didatangkan dengan ciri pengecasan tanpa wayar yang diletakkan di konsol tengah.

Tidak berkompromi dari segi keselamatan, Discovery Sport sarat dengan pelbagai sistem seperti tujuh beg udara, bantuan parkir, High-speed Emergency Braking, Adaptive Cruise Control, Lane Keep Assist, Driver Condition Monitor, kamera 360° dan  Wade Sensing.

Tidak perlu bimbang kerana semua kenderaan yang diedar oleh Jaguar Land Rover Malaysia adalah sesuai dengan cuaca, persekitaran, kualiti bahan api dan standard emisi negara.

Kenderaan itu juga didatangkan dengan program Land Rover Care iaitu jaminan selama 5 tahun atau perbatuan sejauh 150,000km, servis 5 tahun dan 3 tahun bantuan tepi jalan.

Tags
Google ads
Back to top button