ZONTES BAKAL HASILKAN MODEL NAKED, MAHU CABAR JENTERA 800CC JEPUN DAN EROPAH
Kita mungkin pernah dengar jenama pembuat motosikal dari China, Zontes. Tetapi pasti tidak ramai tahu apakah produk yang mereka hasilkan.
Di China, Zontes menghasilkan motosikal berkuasa 125cc mampu milik. Selain jentera 310cc yang mendapat sambutan baik di United Kingdom.
Namun kini, ia dilapor sedang sibuk menghasilkan jentera 800cc baharu yang dijangka diperkenalkan pada tahun 2022. Motosikal itu dikatakan dijana enjin tiga selinder dengan rekaan naked.
Melihat kepada gambar daripada firma rekaan JJ Design, rekaannya memang menarik. Sekiranya dijual pada harga murah, tidak mustahil ia boleh menggugat iman pembeli yang mungkin asalnya mahu membeli jentera jenama Jepun atau Eropah.
Tidak mustahil, Zontes akan menghasilkan beberapa model lain menggunakan enjin 800 yang sama ini.
Apa yang pasti, hasrat Zontes untuk bersaing dalam segmen 400 hingga 900cc yang dikuasai oleh jentera Jepun dan Eropah seperti Triumph bukanlah mudah. Antara senjata utama yang akan digunakan oleh Zontes sudah tentu harganya yang lebih murah.
Amacam, ada minat?