Buletin

GEELY EMGRAND GENERASI KELIMA DILANCARKAN – KENA TUNGGU LAGI LIMA TAHUN KOT UNTUK GANTI PROTON S70

Model sedan Geely Emgrand ini sememangnya kita telah menjadi sebuah model global yang semakin disegani dan diminati disebabkan rekaannya yang cukup setara dengan lain – lain model sekelas dengannya.

Setelah generasi keempat Geely Emgrand ini diperkenalkan pada tahun 2021, Geely tampaknya tidak menunggu lama untuk memperkenalkan generasi kelima Geely Emgrand yang kini tampil lebih bergaya dan lebih premium.

Benar, pandangan mata kasar anda tidak akan menipu bahawa Geely Emgrand baharu ini kelihatan lebih besar dan panjang berbanding Proton S70 yang menjadi saudara kembarnya di Malaysia. Jikalau generasi keempat tersebut mempunyai jarak titik roda 2,650 mm, generasi kelima Emgrand ini mempunyai jarak titik roda sehingga 2,755 mm sekali gus menjadikan panjang keseluruhannya mencapai sehingga 4,815 mm berbanding hanya 4,638 mm untuk generasi sebelumnya.

Lebarnya juga telah ditingkatkan kepada 1,855 mm berbanding hanya 1,822 mm untuk Emgrand generasi keempat. Jikalau sebelum ini ianya berada dalam segmen B, (di Malaysia Proton meletakkan S70 ini dalam segmen B+) mungkin ianya sudah boleh bersaing secara terus sedan segmen C termasuklah model Honda Civic dan Toyota Corolla.

Fascia hadapan Geely Emgrand serba baharu ini menampilkan rekaan gril menegak yang kelihatan lebih eksklusif dan bergaya persis model mewah dari Eropah. Mempunyai rekaan lampur DRL LED tiga peringkat serta lampu utama yang sempit itu sebetulnya mampu memancarkan jarak sehingga 170 meter. Cukup sesuai untuk dipandu dalam keadaan gelap.

Garis bahu di sisi badan kereta membuatkan ianya kelihatan lebih gagah dan berkarektor. Manakala roda aloi baharu bersaiz 18 inci serta aksen krom pada bingkai tingkap berjaya memberikan kesan yang lebih mewah dan premium.

Rekaan lampu utama dibelakang telah dikecilkan sedikit saiznya berbanding rekaan sebelumnya namun menurut Geely ianya mampu dilihat sejauh 300 tanpa masalah, pastinya cukup berguna ketika memandu di Lebuhraya yang tidak mempunyai lampu jalan. Corong ekzos simiteri berkembar itu pastinya akan membuatkan ianya kelihatan sedikit sporty serta terdapat rekaaan spoiler kecil dihujung but.

Sistem infohiburan terapung bersaiz 14.6 inci ditengah konsol cukup menyerlah, akan tetapi Geely masih lagi mengekalkan butang – butang kawalan dibawahnya bagi mengingkatkan bahawa ianya masih lagi sebuah kereta dan bukanlah gajet semata. Padanan gear kristal berserta fungsi pengecas nirwayar 50W barangkali hanya ciri kecil namun ianya pasti akan dihargai pengguna untuk lebih rasa mewah dan kemudahan.

Trenkuasa Geely Emgrand baharu ini akan menggunakan enjin 1.5 turbo yang mampu menghasilkan output maksimum 181 PS dan 290 Nm dan dipadankan dengan transmisi klac berkembar basah tujuh kelajuan.

Jadi, sekiranya ada yang bertanya bilakah S70 versi baharu ini akan dijelmakan? Paling cepat pun lima tahun kemudian atau pun setidaknya 10 tahun kemudian. Atau pun Proton mungkin boleh keluarkan terus tetapi dengan lencana Proton S80. Mungkin?

BACA : GEELY EMGRAND TERJUAL LEBIH 4 JUTA UNIT!

BACA : GEELY BAKAL LANCAR SEDAN EMGRAND DI FILIPINA. MALAYSIA BILA LAGI?

Google ads

B K

Back to top button