
GEELY PAMER STARSHINE 8 PHEV DI AUTO SHANGHAI 2025 – SEDAN HIBRID MAMPU MILIK DENGAN GAYA PREMIUM
Geely Automobile terus memperkukuh kehadirannya dalam segmen kenderaan tenaga baharu (NEV) menerusi pelancaran model terbaharu, sebuah sedan hibrid plug-in (PHEV), Galaxy Starshine 8.
Ditawarkan pada harga permulaan 139,800 yuan (sekitar RM91,000), Starshine 8 merupakan sedan segmen D yang dibina berasaskan platform e-CMA yang turut digunakan dalam beberapa model premium keluaran Geely.
Reka bentuk luaran tampil moden dan dinamik, dengan garis badan aerodinamik, lampu hadapan berbentuk segitiga serta lampu belakang LED yang merentangi keseluruhan ruang but.

Dari segi kuasa, Galaxy Starshine 8 hadir dengan dua pilihan trenkuasa hibrid. Varian pertama menggabungkan enjin 1.5 liter turbo dengan motor elektrik, manakala varian kedua dilengkapi sistem hibrid pintar DM-i 8848.
Untuk rekod, model ini mampu mencapai jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 200 kilometer mengikut piawaian NEDC.
Di dalam kabin, Starshine 8 dilengkapi skrin infotainmen bersaiz 15.4-inci yang dipadankan dengan paparan instrumen digital 10.25-inci.

Sistem operasi Galaxy N OS menawarkan sambungan pintar dan kawalan suara, manakala sistem bantuan pemandu G-Pilot menyediakan ciri pemanduan separa autonomi Tahap 2 seperti brek kecemasan automatik (AEB), bantuan lorong, serta kawalan jelajah adaptif.
Untuk harga pula, Geely menawarkan lima varian ditawarkan dan harga tertinggi mencecah 179,800 yuan (sekitar RM117,000).