Buletin

GUNA APLIKASI BOOST DAN MENANG NISSAN NAVARA PRO-4X

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) turut serta meraikan ulang tahun keempat eWallet Boost dengan menawarkan sebuah Nissan Navara 2.5L PRO-4X kepada pengguna bertuah Boost.

Dengan tema 4th Birthd4y Bash, eWallet Boost menawarkan pelbagai hadiah menarik bernilai RM1.4 juta sepanjang Oktober.

Hadiah utama Navara itu akan dimenangi oleh pengguna yang berbelanja dengan Boosy dan mengambil bahagian dalam peraduan BoostUP Pick & Win.

Hadiah-hadiah lain termasukan telefon pintar, gajet, peralatan rumah dan banyak lagi.

Nissan Navara 2.5L PRO-4X ialah sebuah trak pikap yang lasak, pintar dan menarik. Dikenali sebagai Mother Trucker di Malaysia, Navara PRO-4X hadir dengan rekaan radikal dan teknologi pertama dalam kelasnya. Antaranya ialah ciri bantuan pemandu Nissan Intelligent Mobility driver.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai peraduan BoostUp Pick & Win bermula sekarang hingga 31 Disember depan!  

Google ads
Back to top button