
Buletin
KILANG SUZUKI INDONESIA HENTI PRODUKSI SELAMA 2 HARI. KENA SERANGAN SIBER
Suzuki Indonesia terpaksa menghentikan produksi kilang selama dua hari berikutan serangan siber terhadap Suzuki Indomobil Motor dan Suzuki Indomobil Sales.
Serangan berkenaan yang berlaku pada 15 Oktober lalu menyebabkan sebahagian sistem produksi terhenti sekali gus mengakibatkan kilang terpaksa ditutup selama dua hari.
Suzuki Indonesia memaklumkan keadaan sudah kembali seperti sedia kala malah melakukan siasataan terperinci berhubung insiden berkenaan.
Difahamkan, pihak tidak bertanggungjawab terbabit turut melakukan percubaan mengakses secara haram ke server yang menyimpan informasi para pelanggan.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada terdapat kebocoran informasi para pelanggan dalam kejadian berkenaan. – otosia
- BACA: TOYOTA REBADGE SUZUKI ERTIGA JADI RUMION DI AFRIKA SELATAN. BERMULA RM68K
- BACA: SUZUKI JIMNY RASMI TIBA DI MALAYSIA. 1.5L, ALLGRIP PRO, 4 PILIHAN WARNA, RM168,900 SEUNIT!
- BACA: SUZUKI MALAYSIA KEMBALI RANCAKKAN PASARAN NEGARA. LANCAR 6 MODEL BAHARU
- BACA: SUZUKI HAYABUSA 2021 LAKU KERAS DI INDIA. TERPAKSA TUTUP SEMENTARA TEMPAHAN







