Buletin

YAMAHA RNF RACING MOTOGP TEAM TERIMA TAJAAN DARIPADA WITHU SELAMA 3 TAHUN

RNF Racing baru-baru ini mengumumkan WithU sebagai rakan penaja bagi mengharung musim MotoGP 2022. Pasukan dengan nama WithU Yamaha RNF MotoGP Team itu bakal menampilkan Andrea Dovizioso dan Darryn Binder sebagai pelumbanya.

WithU merupakan salah satu rakan terawal yang memberi sokongan kepada projek Yamaha Racing Team (SRT) pada tahun 2018. Sejak itu, jenama tersebut mula dikenali di seluruh dunia.  

Jenama Itali tersebut telah menandatangani perjanjian untuk menjadi penaja selama tiga tahun. Untuk makluman, WithU menawarkan pelbagai pekhidmatan serta perniagaan melibatkan bekalan elektrik, gas, telefon pintar dan internet jalur lebar di Eropah.

Dengan sokongan daripada Yamaha Motor Company, WithU Yamaha RNF MotoGP Team akan bersaing sebagai sebuah pasukan satelit. Peralatan yang disediakan oleh Yamaha membolehkan pasukan itu menjadi lebih kompetitif.  

Diketuai oleh pengasas dan prinsipalnya, Datuk Razlan Razali dan Wilco Zeelenberg bertindak sebagai pengurus pasukan, ia akan meneruskan formula memadankan pelumba berpengalaman dan membangunkan pelumba muda.

“Walaupun berlaku perubahan dalam pasukan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Presiden Europe Energy Group, Matteo Ballarin dan Lin Jarvis dari Yamaha atas keyakinan mereka.

“Dengan barisan pelumba Andrea Dovizioso dan Darryn Binder, kami akan mulakan kempen 2022 dengan keyakinan yang tinggi,” kata Razlan.

Google ads
"
"
Back to top button