Buletin

HARGA KERETA NAIK 38% DALAM TEMPOH SEDEKAD

Satu analisis yang dilakukan oleh pakar data automotif, cap hpi menunjukkan purata harga kereta baru telah meningkat sebanyak 38 peratus sejak sedkad lalu.

Di United Kingdom, harga kereta narik daripada £24,383 (RM131,900) pada Februari 2008 kepada £33,559 (RM181,500) pada Februari 2018.

Pakar berbeza pendapat bahawa walaupun kereta pada hari ini dilengkapi lebih banyak teknologi seperti navogasi dan parkir sendiri, peningkatan kos biasa tidak mencerminkan kenaikan harga.

Malah, teknologi baharu yang ditawarkan sebagai ciri standard oleh pengeluar adalah untuk menjadikan produk mereka lebih kompetitif.

“Pemacu utama kenaikan harga ini ialah perubahan struktur pasaran. Sejak sedekad lalu, kita melihat semakin banyak model mahal dihasilkan. Kita dapat tengok semakin banyak SUV di atas jalan dan ia biasanya lebih mahal berbanding model sedan,” kata Pengurus Perundingan cap hpi, Matthew Freeman.

Data juga menunjukkan bahawa semakin banyak jenama kereta premium menawarkan produk mereka dalam hampir semua segmen. Jenama premium juga dilihat bereksperementasi dengan segmen-segmen kenderaan yang baru.

Pengembangan rangkaian model diesel juga membuatkan purata harga kenderaan baharu naik sekitar £1000 (RM5,400) berbanding model dengan enjin petrol.

“Banyak jenama menawarkan spesifikasi lebih mewah dan menghapuskan model asas mereka. Ini merupakan sebahagian kesan daripada pengguna yang mahukan model-model yang lebih premium.  

“Harus tahu bahawa model-model asas tidak disukai dalam pasaran terpakai dan mempunyai nilai jualan semula yang teruk,” kata Freeman.

Google ads
Back to top button