Buletin

TEAM PEUGEOT TOTAL BERSEDIA UNTUK MUSIM BAHARU FIA WORLD RX DENGAN PEUGEOT 208 WRX

Team Peugeot nampak gayanya benar-benar serius untuk musim 2018 FIA World RX apabila memperkenalkan jentera yang bakal beraksi, Peugeot 208 WRX serba baharu. Nampaknya pasukan Peugeot ini benar-benar serius dalam perlumbaan yang berunsurkan rali apabila mereka menghantar tiga pasukan pembuat dalam WRC, WRX dan tidak lupa juga Rali Dakar.

BACA : KERETA RALI SUBARU WRX STI 2017

BACA : HONDA CIVIC COUPE RALLYCROSS – LAJU NI DER!

Menariknya, untuk saingan WRX 2018 ini, Peugeot bakal membariskan pelumba yang bukan calang-calang. Timmy Hansen, pelumba dari Sweden bakal menggunakan kereta dengan pelekat #21 manakala adik beliau Kevin Hansen dengan pelekat #71.

Apa yang menariknya, gandingan adik-beradik ini mewakili generasi terkini pelumba dari Sweden. Bapa mereka, Kenneth Hansen merupakan juara  European Rallycross Champion sebanyak 14 kali. Sememangnya DNA rali telah lama mengalir dalam tubuh kedua pelumba muda Sweden ini.

Dan yang paling penting, pembabitan pelumba rali lagenda Sebastian Loeb yang bakal berlumba dengan kereta #9 dalam saingan musim 2018 ini. Musim 2017, Loeb hanya berupaya menduduki tempat kelima keseluruhan.

Bagi membuktikan kesungguhan, Peugeot telah menyediakan dua buah kereta 208 WRX versi 2018 bagi kegunaan dua pelumba utama, Timmy Hansen dan juga Sebastian Loeb. Matlamat Peugeot cukup jelas musim ini dengan pengenalan kereta baharu, mengutip mata sebanyak mungkin dari awal musim dalam usaha untuk mencapai kejuaraan pemandu dan pembuat dalam saingan kelak.

Peugeot WRX versi 2018 ini telah dinaiktaraf terutamanya bagi membolehkan jentera ini kekal laju tanpa mengalami masalah. Dengan kereta yang lebih ringan, sudah tentulah tork yang dihasilkan lebih berkuasa berbanding model lama bakal digunakan oleh Kevin Hansen nanti.

Pasukan kejuruteraan Peugeot Sport telah bekerja keras untuk memperbaiki aerodinamik bagi meningkatkan lagi prestasi kereta termasuklah pemasangan wing dan bampar yang baharu.

Selain daripada perubahan mekanikal di bahagian enjin, kereta ini turut mengalami tingkat taraf seperti sistem gantungan baharu di bahagian hadapan, penggunaan tayar, sistem kotak gear yang baharu lebih pantas serta pemasangan sangkar keselamatan versi terkini. Seiring dengan penambahbaikan pada bahagian dalaman, rupa luaran kereta ini turut mampu menarik perhatian setiap mata yang memandang

Sungguhpun demikian, seorang lagi pelumba muda, Kevin Hansen bakal berlumba dengan kereta spesifikasi musim lalu sahaja. Jadilah kan, daripada tidak berpeluang untuk berlumba langsung kan. Iya tak? Siapa tahu, ketiga-tiga mereka bakal menyerlah dalam saingan WRX musim 2018 ini kan.

 

Google ads
Back to top button